Pengganas Tembakan Kejam Di Masjid Christchurch New Zealand, Rayu Hukuman Penjara Dikurangkan );

Type to search

Adamedia Isu Best

Pengganas Tembakan Kejam Di Masjid Christchurch New Zealand, Rayu Hukuman Penjara Dikurangkan

Share

Peristiwa kejam dan pembunuhan secara besar-besaran di masjid Christchurch pada Mac 2019 merupakan satu detik hitam yang pastinya akan diingati oleh seluruh umat Islam.

Manakan tidak, ramai Jemaah telah terkorban akibat ditembak mati oleh seorang pembunuh kejam yang bertindak menceroboh masuk dan melepaskan tembakan secara rambang terhadap mereka yang tidak bersalah.

Walaubagaimanapun, pengganas berkenaan telahpun ditahan dan terbaru, beliau dilaporkan bakal membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadapnya.

masjid

Pertimbangan itu dibuat dengan alasan Brenton Tarrant mengaku bersalah terhadap jenayah yang dilakukan kerana berdepan dengan tekanan pelbagai pihak.

Tarrant didapati bersalah menyebabkan kematian 51 jemaah di dua masjid, 40 cubaan membunuh dan satu tindakan keganasan pada tahun lalu.

Lelaki itu dihukum penjara seumur hidup tanpa peluang mendapat parol, sekali gus disifatkan sebagai hukuman ‘paling berat dalam sejarah New Zealand’.

masjid

Peguam belanya, Tony Ellis tampil mempertahankan mengenai keputusan anak guamnya yang bertindak untuk tidak mengaku bersalah.

Jelas Ellie, lelaki berusia 31 tahun itu memberitahunya, pengakuan itu dibuat di bawah tekanan kerana dia menerima ‘layanan tidak berperikemanusiaan’ ketika ditahan reman.

“Cara termudah untuk akhiri penderitaan yang dialaminya adalah dengan mengaku bersalah.

“Tarrant juga dihukum penjara selama 25 tahun yang disifatkan seperti tiada harapan untuk dia meneruskan kehidupan selepas ini,” katanya.

masjid

Menyingkap detik hitam berkenaan, berbekalkan senjata api semi automatik, Tarrant menyerang jemaah di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood ketika para jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat.

Lebih keruh, pengganas berkenaan juga menyiarkan tindakan kejamnya secara penstriman langsung di laman Facebook dan mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Apa pendapat anda, wajarkah pembunuh kejam ini diberikan peluang kedua?

 

[Sumber: utusan]

 

Baca Juga: “Wow First Time Tengok Isi Minyak Macam Ni” Stesen Minyak Klasik Ini Curi Perhatian Warganet

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!