“Duit Ni Nak Beli Baju Raya Anak” Peniaga Ini Luah Rasa Kecewa Selepas Disaman Kerana Berniaga Harga Murah );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Duit Ni Nak Beli Baju Raya Anak” Peniaga Ini Luah Rasa Kecewa Selepas Disaman Kerana Berniaga Harga Murah

Share
rasa

Dalam kesempitan yang dihadapi, peniaga lelaki ini diuji dengan dugaan di bulan Ramadhan apabila perniagaannya disaman oleh pihak penguatkuasa kerana tidak mematuhi arahan letak harga yang sepatutnya.

Terpaksa menanggung kos saman sebanyak RM500, lelaki ini luah rasa kecewa kerana wang berkenaan sepatutnya ingin dibelanjakan pada anak-anaknya sempena perayaan Aidl Fitri yang mendatang.

 


[VIDEO] Pening Fikir Msalah Parkir Di Dataran Merdeka? Gadis Ini Kongsi Lokasi Rahsia Bawah Tanah


 

Dikongsikan menerusi video tiktok, peniaga lelaki berkenaan cukup sedih dan kesal atas tindakan yang dikenakan pada dirinya hanya kerana meletakkan harga jualan yang sedikit murah berbanding tetapan pihak kerajaan.

 

Tidak menyalahkan mana-mana pihak ataupun para petugas penguatkuasa, beliau cukup tenang dan merendah diri apabila turut sama membantu para petugas mengira dan menyusun wang saman yang dibayar.

Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa ianya merupakan satu situasi yang cukup menyentuh hati terutamanya dalam kalangan warganet yang melemparkan kata-kata kecaman dan keluhan di ruangan komen.

rasa

rasa

Nasib si penjual… kalau jual mahal dikecam pembeli, tapi kalau jual murah pula disaman pihak penguatkuasa. Bukankah peniaga juga mempunyai hak yang sepatutnya dipelihara?

 

[Sumber: adam___iskandar]
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!