5 Sebab Pentingnya Jaga Mulut Agar Badan Tak Binasa );

Type to search

Adamedia Infotainmen

5 Sebab Pentingnya Jaga Mulut Agar Badan Tak Binasa

Avatar
Share

Baru-baru ini, tular mengenai seorang selebriti tanah air yang dikecam oleh peminat budaya pop Korea kerana keterlanjuran selebriti tersebut yang mengundang sensitiviti dalam keadaan satu dunia sedang berperang dengan pandemik ini.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari sini, pentingnya kita menjaga tutur kata dan bicara tak kira dari segi percakapan mahupun lisan kerana apa yang terkeluar itulah, adalah diri kita yang sebenar terkeluar. Sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa.

Karakter Fizi dalam kartun animasi Upin Ipin pun menjadi bualan warganet Malaysia dan Indonesia kerana mulutnya yang dikatakan celupar. Watak kartun pun kena kecaman, inikan pula orang yang sebenar. 

Wasiat dari Imam Ghazali juga sudah nyatakan bahawa ada lapan dosa akibat daripada mulut kita iaitu mungkir janji, suka berdusta, menghina, memuji diri sendiri, banyak berbicara, bertengkar dan mendoakan perkara buruk sesama makhluk.

Lima peringkat

Lima peringkat kehidupan yang perlu dijaga bagi membina aura positif. Pertama, menjaga keterampilan diri dari segi fizikal dengan menjaga kesihatan. Kedua, menjaga kecerdasan minda, dengan banyak memanfaatkan masa mencari ilmu, membaca serta menghadiri majlis ilmu.

Ketiga, menjaga hubungan dengan Yang Maha Pencipta (Allah), buat segala suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Keempat, menjaga kewangan kerana apabila kewangan mantap, kita boleh membuat banyak kebaikan dan membahagiakan orang lain.

Kelima, menjaga hubungan dan hormat dengan semua makhluk Allah SWT. Sentiasa fikir apakah manfaat yang boleh kita beri kepada orang, bukan apakah manfaat yang boleh kita dapat daripada orang lain.

Jaga perkataan yang terbit dari mulut kerana itu punca perbalahan seperti pepatah Melayu mengatakan, ‘Kerana mulut badan binasa’ dan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’ Jaga adab, bukan jadi biadab. 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!