Pentingnya Pemahaman Bahasa Melayu Berkias Dalam Masyarakat Malaysia - Verst );

Type to search

Pentingnya Pemahaman Bahasa Melayu Berkias Dalam Masyarakat Malaysia

Adamedia Lifestyle

Pentingnya Pemahaman Bahasa Melayu Berkias Dalam Masyarakat Malaysia

Avatar
Share

Tular di media sosial mengenai serangkap pantun yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Seperti yang kita sedia maklum, bahasa melayu mempunyai penggunaan bahasa yang indah dan berlapik, hal ini kerana bahasa itu melambangkan identiti bangsa itu sendiri.

Sebahagian kecil mereka menyatakan pantun melayu tersebut masih menghina dan merendahkan kewujudan seorang wanita ke arah seksis.

Mereka meminta untuk pantun sebegini dikaji semula penggunaanya namun pandangan tersebut dipukul secara rata oleh sebahagian besar masyarakat.

Namun apa yang cuba disampaikan ialah, “apa guna punyai isteri yang cantik tapi si suami tak pandai melayan isteri dan malah tidak menolong isteri hatta menumbuk sambal sekalipun tak pandai”

Image

Perkara ini menjadi lebih menarik kerana masyarakat masing-masing berkongsi ilmu dalam berpantun dan bahasa kiasan demi menjaga kembali warisan nenek moyang kita.

Peribahasa lama ada menyatakan “Tidak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket”

Jadi marilah kita bersama-sama memartabatkan kembali keindahan pantun, puisi dan penggunaan bahasa melayu lama.

Sumber: Twitter Dewan Bahasa Dan Pustaka, Puan Nisah Haron, Jantungmelayu.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!