Penyanyi Rap Ini Tanam Emas Pada Kulit Kepalanya Demi Kejar Populariti );

Type to search

Adamedia Isu Best

Penyanyi Rap Ini Tanam Emas Pada Kulit Kepalanya Demi Kejar Populariti

Share

Populariti dan kekayaan merupakan sesuatu yang sangat merbahaya kerana manusia yang tamak sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kedua perkara ini.

Situasi ini boleh dilihat apabila seorang penyanyi rap Mexico telah melakukan transformasi fizikal paling drastik dengan menukar rambut aslinya kepada rantai emas.

Tindakan Dan Sur, 23, membuahkan hasil apabila ramai yang tertarik dengan rambut itu yang ditanam di kepalanya, sekali gus meletakkan dia kembali bersaing dengan lambakan artis baharu dan pempengaruh media sosial.

 

Pemuzik muda yang mempunyai dua juta pengikut TikTok itu bangga mengatakan rambutnya kini adalah ‘rambut emas’.

“Jujurnya, saya hanya mahu melakukan sesuatu yang berbeza kerana ramai orang sekadar mewarnakan rambut. Saya harap tiada yang meniru gaya saya sekarang (rambut emas),” katanya dipetik Oddity Central.

Menurutnya, puluhan rantai emas ditanam di tengkorak dan bawah kulit kepalanya namun Dan Sur sukar menjelaskan prosedur itu.

kepala

kepala

Dan Sur dilapor menggayakan rambut unik itu sejak April lalu dan menjadi tumpuan kerana ada antara ‘rambut’ dihiasi batu permata selain emas.

Meskipun keunikan itu dikagumi, pakar kesihatan menganggap pilihan Dan Sur membawa implikasi buruk dan berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan kuman dan keradangan.

Silap-silap peragut di luar sana pun berhajat untuk mencuri rambut emas dia kan?

 

[Sumber]: hmetro

 

Baca: Lelaki Ini Sanggup Lepaskan RM 20,000 Demi Surat Khabar Lama Ini

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!