Perabot IKEA Guna Nama Tempat Di Bantu Kempen );

Type to search

Adamedia Isu Best

Perabot IKEA Guna Nama Tempat Di Sweden Bantu Kempen ‘Discover the Originals’

Share
ikea

Siapa tak suka pergi IKEA. Keperluan rumah dan perabot yang popular di Malaysia. Sambil beli barang, boleh berangan-angan nak hias rumah. Inspirasi daripada IKEA memang sering digunakan oleh orang ramai.

Nama-nama produk yang dijual juga sangat unik, ada juga yang susah nak disebut. Tapi sebenarnya perkataan yang digunapakai untuk produk yang dijual adalah nama tempat di Sweden. Maksudnya penduduk Sweden dah biasa dengar nama-nama tersebut.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Tips Cara Pulihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

Sebagai contoh, tong sampah yang dijual dinamakan sebagai Toftan. Toftan sebenarnya adalah tasik yang cantik terletak di wilayah Dalarna. Bolmen adalah berus tandas yang sebenarnya nama tasik yang cantik dikelilingi pokok di wilayah Småland , selatan Sweden.

Ketua Pegawai Pemasaran Visit Sweden, Nils Perrson melahirkan rasa bangga dengan IKEA kerana bantu memperkenalkan destinasi Sweden kepada seluruh dunia melalui produk yang dijual.

Kempen ‘Discover The Originals‘ mengumpulkan pelbagai jenis produk IKEA yang popular untuk menjadikan keaslian ikonik kepada tempat-tempat di Sweden.

Secara tidak langsung, pelanggan yang mencari barang IKEA secara atas talian akan rasa tertarik dengan produk dan tempat yang sebenarnya menjadi nama produk tersebut.

Nils Perrson berkata, kempen ini bertujuan untuk menumpang rasa bangga dan berbesar hati kerana nama-nama tempat di Sweden menjadi terkenal setelah IKEA menamakan perabot dan alatan rumah menggunakan nama sekitar wilayah tersebut.

Rak IKEA, Kallax adalah tepi pantai yang cantik di Lapland, Sweden. Lampu Höljes pula kawasan paling sedikit penduduk di Sweden.

Kawasan di bawah UNESCO juga dijadikan nama alatan dapur, Bodviken sebuah tasik gunung di Utara Sweden.

[SUMBER: CNN]

Penduduk tempatan juga rasa bangga serta menjemput pelancong datang ke Sweden untuk menikmati keindahan semula jadi yang tidak tercemar.

Ini juga inisiatif untuk menyebarkan maklumat dan cerita disebalik beberapa nama produk di IKEA adalah daripada kawasan yang cantik di Sweden.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!