Perjalanan Feri Ke Pulai Langkawi Ditunda, Ramai Risau Wujud Kluster Baru - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Perjalanan Feri Ke Pulai Langkawi Ditunda, Ramai Risau Wujud Kluster Baru

Avatar
Share

Baru-baru ini tular beberapa keping gambar dalam media sosial di terminal jeti Kuala Perlis menyaksikan pelancong tempatan kelihatan sangat sesak dan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Tiada penjarakan sosial dan masih ada yang tidak risaukan akan keselamatan sendiri dan keluarga.

Dikabarkan, situasi tersebut terjadi kerana beberapa perjalanan feri ke Pulai Langkawi ditunda untuk beberapa jam

Ramai yang bimbang dengan keadaan seperti ini kerana ia boleh menyebabkan kluster Covid-19 yang baharu. Dalam masa yang sama, sekarang
negeri Kedah dan Perlis masih dalam zon merah semula.

Ramai yang bimbang terutama penduduk tempatan akan apa yang terjadi di terminal jeti Kuala Perlis.

Yang menyebabkan perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi terpaksa ditundakan jadual adalah kerada faktor fenomena air surut.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah keluarga yang datang lebih awal untuk menunggu di terminal sebelum waktu berlepas

Ramai penguna akaun di Facebook meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan situasi yang sepatutnya tidak boleh terjadi apatah lagi dalam keadaan Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu sama-sama membanteras musuh yang tidak kelihatan seperti ini. Ingat ! Kita masih belum menang. Tolong patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sayangi keluarga kita.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!