Perkara Viral Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Share

18 Mac 2020 merupakan tarikh yang amat bersejarah buat rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Adakah hari ini sejarah bakal berulang lagi ?
Walaubagaimana pun, pasti akan terdapat memori yang terlakar sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara lama yang tidak sangka akan menjadi viral dan popular.

Berikut adalah 5 benda yang viral semasa PKP :
1 . Dalgona Coffee

Dalgona Coffee ialah minuman latte sejuk yang disertakan dengan buih kopi halus dan manis di atasnya.Cara pembuatanya juga agak sedang dan kos yang murah menjadikan ia viral.Rupanya yang cantik juga membuatkan semua orang mahu membuat dan merasainya sendiri
2. Roti Gardenia

Roti Gardenia merupakan makanan yang wajib ada di setiap rumah. Ia juga cepat mengenyangkan. Ia menjadi rebutan semasa PKP sehingga ia susah ditemui di pasar raya atau kedai runcit.
3. Masak Apa Tak Jadi Hari Ini

Masak apa tak jadi hari ini merupakan satu group di Facebook dengan kandungan lawak masakan yang tidak jadi. Bila semua orang sudah bosan duduk di rumah, mula lah mencuba sesuatu yang baru. Bila tidak menjadi, ia menjadi bahan lawak di media sosial .
4. Trend Ke Sana Ke Sini

Ayat Ke Sana Ke Sini yang digunakan oleh Perdana Menteri sewaktu di sidang media menjadi viral apabila ramai yang melakukan parodi. Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada Perdana Menteri dan menerimanya dengan baik
5. Youtuber Sugu Pavithra

Youtuber Sugu Pavithra meningkat naik oleh kerana video masakanya yang mudah dan bersih. Menu yang diajarnya juga amat menarik perhatian rakyat Malaysia. Selain itu, peribadinya sendiri yang sopan santun dan merendah diri menjadikan dia makin disukai ramai.