Perkara Yang Anda Tak Patut Buat Selepas Work Out - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Adamedia

Perkara Yang Anda Tak Patut Buat Selepas Work Out

Share

Mungkin ramai yang terlepas pandang beberapa perkara sebaik sahaja sesi work out tamat; jom semak!

Skip sesi ‘cool down’
Katakanlah anda telah berlari di atas treadmill sejauh 5 batu. Tidak sepatutnya anda berhenti secara tiba-tiba! Langkah yang harus dibuat, berjalan lebih kurang 5 minit. Ia membenarkan degupan jantung dan tekanan darah kembali ke paras yang normal.

Tak makan
Dapatkan snek berprotein tinggi dalam masa sejam melakukan senaman. Badan anda memerlukan tenaga untuk membaiki dan mengumpul kembali energi

Langsung tak minum air
Badan anda memerlukan cecair untuk memastikan anda kekal hidrasi. Pastikan anda minum 2 – 3 cawan dalam masa sejam sebaik sahaja selepas bersenam

Minum air tenaga/ sports drink
Air tenaga atau sports drink mengandungi banyak gula dan kalori yang begitu tinggi. Sebaik-baiknya, bebas dari terhidrat dengan minum air putih atau air kelapa

Menyentuh wajah
Menggosok mata atau menyentuh wajah selepas sesi work out hanya mengundang penyebaran bakteria memandangkan kawasan gym bukanlah tempat ‘paling bersih’. Seelok-eloknya basuh tangan dan lapkan wajah dengan tuala.

Tidak mencatat rekod progress work out
Kenapa penting anda memiliki rekod ini? Ia membantu untuk monitor progress dan membuatkan anda terus bermotivasi mendapatkan tubuh idaman.

Biarkan tubuh dengan pakaian basah
Segera mandi dan tukar pakaian kerana jika pakaian sukan dipakai lama ia boleh menyebabkan terjadinya pembentukan jerawat dan jangkitan bakteria.

Tidur pada waktu tidak menentu
Tubuh anda memerlukan rehat yang secukupnya memandangkan waktu itulah paling sempurna untuk tubuh melakukan proses ‘membaiki’ dan membina semula otot-otot.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!