Persatuan Haiwan Malaysia Lancar ‘Kempen Bendera Merah’ Untuk Bantu Haiwan Peliharaan );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Persatuan Haiwan Malaysia Lancar ‘Kempen Bendera Merah’ Untuk Bantu Haiwan Peliharaan

Share

Beberapa hari lalu, kempen bendera putih mendapat perhatian dan sokongan orang ramai apabila banyak pihak yang tampil untuk membantu golongan yang mengalami kesusahan.

Ianya sekaligus dapat membantu mengurangkan beban dan kesusahan yang dialami oleh rakyat akibat daripada penularan wabak COVID-19.

Terkini, sebuah kempen yang dinamakan ‘Kempen Bendera Merah’ telah dijalankan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia).

bendera

Ianya bertujuan bagi menyeru masyarakat di seluruh negara untuk menyertai kempen kibarkan bendera merah demi melindungi nasib kucing serta anjing peliharaan yang terkesan sepanjang tempoh negara dilanda pandemik.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berlaku banyak kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan.

bendera

“Hal itu berlaku kerana pemilik sudah tidak mampu untuk terus memelihara haiwan tersebut susulan faktor ekonomi yang terjejas dan akibatnya banyak kucing serta anjing terpaksa dihumban ke jalanan.

“Amat menyedihkan apabila ‘muka baharu’ di jalanan berada dalam keadaan takut dan kekok untuk menyesuaikan diri dengan risiko ancaman kebuluran dan serangan.

Selain itu, mereka juga tidak reti untuk mencari makan dan akhirnya mati akibat kebuluran,” katanya.

bendera

Berdasarkan kempen ini, pemilik haiwan hanya perlu menaikkan bendera merah di laman rumah sebagai isyarat mereka memerlukan bantuan makanan dan kelengkapan bagi haiwan kucing ataupun anjing mereka.

Menurut beliau, kempen itu diharap mendapat sambutan dan menyeru semua masyarakat memainkan peranan dengan prihatin terhadap masalah jiran terutama yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

bendera

Penulis juga ingin menyeru anda supaya sama-sama menyokong kempen bendera merah ini demi membantu haiwan peliharaan di luar sana.

Jika berkemampuan, apa la salahnya jika rezeki itu turut dikongsikan bersama haiwan yang dalam kesusahan kan?

 

Sumber: kosmo

 

Baca: 99 Speedmart Hulur Bantuan Tanda Sokong Kempen Bendera Putih
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!