"Saya dengar dua dentuman sangat kuat" - Pesawat TUDM Terhempas, Seorang Maut );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Saya dengar dua dentuman sangat kuat”- Pesawat TUDM Terhempas, Seorang Maut

Share
TUDM

Bunyi deruan pesawat yang luar daripada kebiasaan dan diikuti dengan dentuman kuat mengejutkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia {TUDM) di Butterworth, malam tadi.

Seorang juruterbang TUDM maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas.

Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

BACA JUGA: Tentera AS Jumpa Cebisan Mayat Afganistan Pada Roda Pesawat C-17

Sementara itu, Mejar Bustamy pula dilaporkan mengalami kecederaan kini dalam keadaan selamat dan selamat dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempad di pangkalan TUDM malam tadi, / Foto FB Adamedia.
Foto: FB Adamedia.

Menerusi laporan Sinar Harian, seorang peniaga, Mastura Mohammad Nordin, 44 berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.07 malam itu membuatkan dia meluru melihat apa yang berlaku di landasan Pangkalan TUDM yang tidak jauh dari gerainya di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di Butterworth.

Menurutnya, selepas mendengar dentuman kuat sebanyak dua kali dia melihat pesawat terbakar di atas landasan.

“Saya memang dah biasa dengan bunyi pesawat tetapi kali ini memang lain.

“Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentuman sangat kuat sebelum melihat api marak ketika pesawat itu terhempas,” katanya ketika ditemui media berhampiran lokasi kejadian.

Mastura Mohammad Nordin / Foto: Sinar Harian.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota yang terlibat dalam insiden itu.

TUDM mengesahkan berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth.

Dalam satu kenyataannya, TUDM berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.07 malam, Selasa.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya.

[Sumber: Sinar Harian]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!