Ping Coombes Julang Nama Malaysia Di Masterchef UK Dengan Menu Nasi Ayam Claypot & Ais Kacang );

Type to search

Adamedia Isu Best

Ping Coombes Julang Nama Malaysia Di Masterchef UK Dengan Menu Nasi Ayam Claypot & Ais Kacang

Share
masterchef

Baru-baru ini Masterchef UK telah mengadakan episod khas bersempena dengan sambutan tahun baru 2022.

Episod ini menampilkan bekas-bekas juara daripada episod yang terdahulu untuk dihimpunkan semula dalam satu saingan peringkat Juara-juara.

Turut serta dalam episod itu ialah bekas pemenang rancangan Tim Anderson, Saliha Mahmood Ahmed, Kenny Tutt dan Irini Tzortzoglou.

uk

Paling mencuri tumnpuan adalah apabila peserta kelahiran Malaysia Ping Coombes telah berjaya memenangi pertandingan memasak yang penuh berprestij itu.

Berbekalkan masakan tradisional iaitu nasi ayam claypot dan ais kacang, beliau berjaya menempatkan diri sebagai sang juara pada hari berkenaan.

Nasi ayam claypot pun boleh menang Masterchef?

Buat pengetahuan anda, ayam itu bukan ayam biasa tetapi ianya merupakan ayam guinea yang disumbatkan nasi padanya. Terdapat juga serpihan nasi rangup, halia, gel cili serta sos ayam guinea.

Digandingkan dengan ais kacang yang diperbuat daripada ais kelapa, serbuk kacang, jagung manis dan serpihan meringue berperisa mawar, hidangan ini sememangnya sedap sehingga salah seorang hakim hampir menghabiskan keseluruhan hidangan tersebut.

masterchef

“Ia sangat bagus saya tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Makanan awak sedap.”

“Saya tidak boleh percaya semuanya… ia seperti mimpi. Saya benar-benar gembira,” kata salah seorang hakim ketika itu.

 

Ping Coombes yang berasal dari Ipoh kini menetap di Bath, UK dan difahamkan beliau kini sedang mengusahakan sebuah restoran iaitu BK Ping’s Makan Club.

Selain itu, beliau juga mempunyai kelas memasak sendiri dan telah menerbitkan sebuah buku masakan yang dinamakan MALAYSIA.

 

[Sumber: hype]

 

Baca Juga: [VIDEO] Tauke Durian Ini Kongsi Tips Pilih Durian, Elak Ditipu Ketika Membeli

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!