PKPB, PKPD dan PKPP: Apa Yang Perlu Faham Tentang Boleh dan Tidak Boleh );

Type to search

Adamedia Isu Best

PKPB, PKPD dan PKPP: Apa Yang Perlu Faham Tentang Boleh dan Tidak Boleh

Share

Pengumuman dari Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam, mengatakan bahawa PKPB ditamatkan di seluruh negara.

Manakala, Selangor, KL, Sabah dan beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor masih lagi dilanjutkan PKPB bermula 7 hingga 20 Disember ini jika tiada peningkatan kes.

 

Pengumuman tersebut juga telah membenarkan pergerakan untuk merentas negeri dan daerah tanpa surat dan tidak mengehadkan lagi jumlah dalam satu kenderaan.

Walaupun pengumuman sudah dibuat, rata-rata masih ramai lagi keliru dengan pengumuman tersebut dan mengatakan apakah fungsinya PKPB jika tiada sekatan jalan raya serta tiada had penumpang dalam kenderaan.

Bagi menjelaskan kekeliruan, panduan bagi SOP ini dapat membantu jelaskan kekeliruan berkaitan PKPB, PKPD serta PKPP untuk faham apa yang boleh serta tidak boleh anda lakukan berdasarkan garis panduan dari Kementerian Keselamatan Negara.

PKPD: Kawalan Pergerakan DIPERKETATKAN dan tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika kes menular tinggi secara berselerak dan sukar dikawal.

PKPP: Kawalana Pergerakan PEMULIHAN selepas tempat berada dalam zon kuning atau hijau dan orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka di kawasan tumpuan ramai dan kerap mencuci tangan untuk putuskan rantaian kes COVID-19.

PKPB: Kawalan pergerakan BERSYARAT dengan mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Apa yang TIDAK BOLEH bagi tempat yang masih PKPB?

Jadi untuk PKPB bagi tempat yang terlibat pada 7 hingga 20 Disember ini, kita masih lagi boleh bekerja seperti biasa dengan mengikuti SOP penjarakan sosial dan sentiasa cakna dengan perkembangan baharu diumumkan Kerajaan.

1) Hanya tiga orang daripada sebuah rumah dibenarkan keluar untuk beli barangan keperluan
2) Masjid dan surau, serta rumah ibadat bukan Islam ditutup.
3) Tiada aktiviti kelab malam dan pusat hiburan.
4) Tiada aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, termasuk majlis kenduri perkahwinan dan pertunangan,
5) Semua sekolah, institut pengajian tinggi (IPT), pusat tahfiz, institut kemahiran, tadika, taska, taman awam dan rekreasi ditutup.
6) Tiada perjalanan ke luar negara.

Kemaskini bagi kekeliruan rentas perjalanan dan had penumpang.

Bermula 7 Disember, pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan PKPD dan polis tidak lagi melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

 

Tiada lagi sekatan jalan raya namun dinasihatkan untuk menjaga SOP dalam norma baharu.

 

Perkara ini dibuat berikutan kerana perlu ada keseimbangan antara keperluan ekonomi dan menjaga kesihatan seperti yang dinyatakan oleh Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga bersetuju untuk longgarkan had penumpang dalam kenderaan SELAGI dapat menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan kerana vaksin terbaik buat masa ini ialah diri kita sendiri.

Sesuatu yang wajar diambil maklum: Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan PKPB di keseluruhan negeri dan menggesa agar beberapa daerah kuning dan hijau, seperti Kuala Selangor dan Sabak Bernam tidak dimasukkan dalam pelaksanaan PKPB.

Kajian terbaru yang diterbitkan United States National Academy of Sciences menemukan bahawa sekatan setempat lebih berkesan berbanding sekatan di keseluruhan negeri.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!