Membanggakan! Filem ‘Prebet Sapu’ Wakili Malaysia Ke Anugerah Akademi Oscars );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

Membanggakan! Filem ‘Prebet Sapu’ Wakili Malaysia Ke Anugerah Akademi Oscars

Share

Filem berjudul Prebet Sapu arahan pengarah Muzzamer Rahman mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih mewakili di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 di Los Angeles, America Syarikat.

Tercalon bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International Feature Film) ianya dijangka berlangsung pada 27 Mac 2022 tahun hadapan.

Pemilihan filem terbitan syarikat produksi Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn. Bhd. dan Konda Kondi Studio itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas yang terdiri daripada penggiat industri filem tempatan bertaraf professional.

prebet

Mengisahkan seorang pemuda yang mencari makan di bandar Kuala Lumpur sebagai seorang pemandu ‘prebet’, pengarahnya, Muzzamer berharap Prebet Sapu berupaya memikat hati para juri di sana nanti.

“Saya sangat gembira dapat mewakili Malaysia walapun cuma pencalonan awal. Lebih-lebih lagi apabila filem ini dihasilkan oleh barisan kru tempatan dengan bajet rendah.

“Kalau berjaya disenarai pendek nanti, saya anggap itu tuah sebagai pengarah baharu. Jika termakbul pasti kejayaan itu suatu kebanggan besar buat semua,” ujarnya.

prebet

Menariknya filem ini, ianya dihasilkan dalam konsep hitam putih dan pernah mewakili Malaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa.

Antara festival filem yang penah ditembusi filem ini adalah Udine Far East Film Festival Italy, Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia, Toronto Reel Asian Film Festival Kanada, Asian Film Festival Barcelona Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India.

prebet

Ia sememangnya sebuah filem yang wajar dihargai dan diperkasakan lagi ke peringkat global dari segi pamasaran dan tayangan. Buat peminat filem sekalian, jangan lupa untuk saksikan ‘Prebet Sapu’ di pawagam pada 16 Disember ini nanti!

 

[Sumber: bharian]

 

Baca Juga: 6 Filem Best Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!