Profesor Cuba Memasak Mengunakan Resepi Purba Mesopotamia - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen Makan

Profesor Cuba Memasak Mengunakan Resepi Purba Mesopotamia

Avatar
Share

Selalunya jika kita ingin mencuba resepi baru, tentunya akan membuat carian di Youtube mahupun Google, tetapi tidak bagi seorang profesor dari Univesiti Cambridge ini.

Mahu mencuba lain dari yang lain, Profesor Bill Surtherland terfikir akan idea ini dalam usaha untuk mengetahui bagaimana penyediaan makanan kuno ini dibuat. Dengan mengunakan tablet batu zaman Mesopotamia yang berusia 3,770 tahun, profesor ini menjadi tular di Twitter.

Stew Kambing

Jadi, menu apa yang ada dalam tu? Untuk pengetahuan korang, menu zaman Mesopotamia hampir sama dengan apa yang kita makan pada hari ini – seperti lauk stew kambing dan kek barli.

Walaupun kebanyakan hidangan memerlukan bahan-bahan tradisional, Profesor Bill menvariasikan bahan yang hampir kurang sama. Contoh seperti bahan stok Elamit ditukar dengan stok darah kambing.

Profesor Bill juga tweet mengatakan beliau sangat berminat dengan sejarah, dengan mencipta resepi ini dapat menghiburkan dirinya ketika sedang kuarantin di rumah. Beliau juga terkejut yang sebenarnya mudah saja untuk membuat makanan purba, hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian dan memang sedap dimakan.

Tuh’u

Unwinding

Stok Elamit

Sumber: Twitter Bill Sutherland

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!