Program 6 Bulan Manforce Group Atasi Masalah Tenaga Kerja Tempatan Menganggur

Type to search

Adamedia Infotainmen

Program 6 Bulan Manforce Group Atasi Masalah Tenaga Kerja Tempatan Menganggur

Share

Seperti yang diketahui umum, Malaysia merupakan antara negara favourite di Asia Tenggara buat pekerja asing untuk mencari sumber rezeki.

Kebanyakan perniagaan di Malaysia mempunyai kebergantungan yang kuat kepada pekerja migran disebabkan aspek pemodenan dan kekurangan tenaga kerja tempatan di sektor pekerjaan.

Tetapi, bagaimana negara ingin meningkatkan dan membangunkan ekonomi Malaysia di kalangan tenaga kerja muda tempatan dan bersaing secara sihat dengan pekerja migran yang aktif bekerja disini?

program

Program Pembangunan Insan Malaysia (MDUP)

Program yang dilancarkan pada Februari 2020 – Program Pembangunan Insan Malaysia (MDUP), bertujuan untuk memperkasakan golongan muda dengan kemahiran belajar, kehidupan dan pekerjaan yang diperlukan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Manforce Group Berhad, Datuk Paul Wong Boon Ming, berkata ia juga bertujuan meningkatkan pertumbuhan yang mampan dengan tenaga kerja mahir melalui latihan industri asas, sekali gus memastikan bahawa golongan mudah tempatan memahami dan melebihi jangkaan majikan.

Program ini disasarkan untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun yang terdiri daripada lepasan sekolah, mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat masalah kewangan, penganggur, atau kumpulan B40 dari kawasan luar bandar dengan peluang pekerjaan yang terhad.

program
program

Beliau berkata, kehadiran ramai pekerja asing di negara ini menyukarkan pencarian pekerjaan untuk rakyat tempatan, terutama bagi golongan belia.

“Oleh itu, kami tampil dengan MDUP sebagai jalan penyelesaian yang tepat untuk mendorong syarikat-syarikat Malaysia memperkasakan tenaga kerja tempatan sambil membantu pembanguan ekonomi negara,” jelas Dato’ Paul semasa konvokesyen lulusan kumpulan pertama MDUP,” katanya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!