Proton Saga Black Knight 1989 Raih Kejayaan Di Pertandingan Kereta Klasik UK );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Proton Saga Black Knight 1989 Raih Kejayaan Di Pertandingan Kereta Klasik UK

Share
proton

Proton saga merupakan kereta keluaran pertama buatan Malaysia pada suatu ketika dahulu dan ianya merupakan detik bersejarah buat rakyat di negara ini.

Meskipun kereta itu merupakan keluaran lama, baru-baru ini salah seorang daripada pemilik kereta berkenaan dikhabarkan telah memenangi sebuah pertandingan Kereta Klasik di UK.

Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition berkenaan tampil sebagai juara dalam pertandingan Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of the Unexceptional 2021 di Lincolnshire, Britain.

proton

Pemiliknya, Jon Coupland (30) berkata model dari tahun 1989 itu dibelinya pada tahun 2019 dan Proton Saga model Black Knight Edition miliknya itu ialah model terakhir yang masih wujud di Britain.

Hagerty Festival of the Unexceptional meraikan kereta-kereta klasik dari serata dunia yang dahulunya pernah memenuhi jalanraya dan dimiliki oleh orang kebanyakan.

Terdapat pelbagai model dan keluaran kereta yang dipertandingkan antaranya, Nissan Micra Super S, Volkswagen Polo C Formel E dan Austin Allegro.

proton

Difahamkan, pemiliknya jarang memandu kereta limited edition ini dan hanya menggunakannya untuk acara atau pertandingan seperti ini.

Maka tidak hairanlah mengapa kereta ini boleh menang kan?

Lihat saja pada kekemasan dan wajah kereta ini, ianya masih berkilat dan mantap seperti kereta baru!

proton

proton

Satu kebanggaan buat rakyat Malaysia kerana meskipun kereta berkenaan sudah bertahun lamanya, ianya masih mendapat penghargaan di bumi asing.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kemenangan yang diraih, sila tekan sini

 

Sumber: wapcar

 

Baca: Kenapa Perlu Pilih Bengkel Bertauliah, Pengalaman Untuk Servis Kereta Tempatan? Ini 5 Kelebihan Menurut Pakar
Tags:

4 Comments

  1. Pingback: Homepage
  2. Pingback: lire plus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!