Pulau yang Memegang Masa Depan dan Masa Lalu

Type to search

Adamedia Infotainmen

Pulau yang Memegang Masa Depan dan Masa Lalu

Share

Tahukah anda, terdapat pulau yang sebenarnya memegang masa depan dan juga masa lalu? Nampak macam fiksyen, tetapi sebenarnya memang betul!

Di tengah – tengah Selat Bearing yang memisahkan Rusia dan Amerika Syarikat, terdapat Kepulauan yang dikenali sebagai Diomede. Kepulauan tersebut terdiri daripada dua buah Pulau iaitu ‘Big Diomede’ dan juga ‘Little Diomede’.

Big Diomede merupakan pulau milik Rusia yang berada di dalam wilayah autonomi Chukotka manakala Little Diomede pula milik Amerika Syarikat yang berada di dalam wilayah Alaska.

Jarak kedua – dua pulau itu hanya terpisah sekitar 3.8 kilometer sahaja tetapi tempoh perbezaan masa antara dua pulau itu hampir 24 jam. Masa di Big Diomede awal 21 jam atau 20 jam ketika musim panas berbanding Little Diomede kerana kedua – duanya dipisahkan oleh Garisan Tarikh Antarabangsa.

Big Diomede diletakkan dibawah zon masa UTC+12 iaitu waktu piawaian Anadyr . Little Diomede pula diletakkan dibawah zon masa UTC-9 iaitu merupakan waktu piawaian Alaska atau UTC-8 ketika musim panas (waktu jimat siang).

Jika waktu di Big Diomede menunjukkan jam 12:00 AM pada malam tahun baru iaitu pada 01 Januari, waktu di Little Diomede pula baru menunjukkan jam 03:00 AM, 31 Disember.


[Sumber: Astromet Malaysia]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!