PUMAxMaison Kitsuné, Gandingan Vintage Dan Moden );

Type to search

PUMAxMaison Kitsuné, Gandingan Vintage Dan Moden

Adamedia Isu Best Lifestyle

PUMAxMaison Kitsuné, Gandingan Vintage Dan Moden

Avatar
Share

Siapa sangka bahawa syarikat jenama terkenal PUMA melakukan kerjasama dengan jenama estetik Maison Kitsuné buat pertama kalinya. 

Kerjasama ini merupakan satu langkah untuk memperluaskan lagi tema fesyen zaman kini, terutama PUMA yang terkenal dengan stail klasiknya dan sukan bakal bergandingan dengan konsep yang lain. 

Konsep fesyen dan pemakaian yang dibawa oleh kedua jenama tersebut menggabungkan reka bentuk Jepun dan Perancis dari Maison Kitsuné bersama dengan sentuhan dari PUMA untuk mencipta sesuatu yang lebih segar dan baru. 

Maison Kitsune

Kain yang diguna untuk projek ini bukan sahaja selesa malah ianya juga mampu melindungi kita dari tiupan angin.

Dari segi kasut pula mereka menitik beratkan penggunaan pelindung getah sesuai dengan warisan negara matahari terbit.  Bukan itu sahaja, mereka juga bakal mengeluarkan aksesori sesuai dengan fesyen keluaran mereka. 

Jadi kepada mereka yang meminati kedua jenama ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk keluaran mereka PUMAxMaison Kitsuné di mana-mana cawangan PUMA berdekatan bermula 27 Mac 2021 ini. Anda juga boleh melayari laman web rasmi mereka untuk keterangan lebih lanjut. 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!