Pusat Vaksinasi Mega Pertama Negara Bakal Dibuka 31 Mei Ini );

Type to search

Adamedia Isu Best

Pusat Vaksinasi Mega Pertama Negara Bakal Dibuka 31 Mei Ini

Share

Seramai 2,600 warga emas akan menerima vaksin di pusat vaksinasi mega pertama di Malaysia yang akan memulakan program suntikan pada 31 Mei nanti.

Terletak di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Segambut, pinggir bandar Kuala Lumpur, kemudahan seluas 51,000-meter persegi ini dijangka bakal menyaksikan lebih daripada 5,000 orang akan disuntik vaksin Covid-19 setiap hari.

mega

Ketua Eksekutif Mitec Mala Dorasamy berkata, pusat tersebut akan diuruskan oleh pakar perubatan dan kakitangan pengurusan acara bagi memastikan keselamatan dan operasi yang mantap.

Mitec juga akan dapat memenuhi keperluan individu yang mengalami masalah fizikal.

“Kakitangan perubatan dan pengurusan acara akan menguruskan pusat untuk memastikan pelaksanaan proses vaksinasi yang tepat,” tambah Cik Dorasamy dalam satu kenyataan pada hari Khamis.

Pembukaan pusat vaksinasi itu adalah berikutan daripada kritikan berhubung proses vaksinasi di PPV Dewan Komuniti Manjalara dan PPV Stadium Titiwangsa.

mega

Pada hari Selasa bersamaan 25 Mei lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengumumkan bahawa sebanyak empat pusat vaksinasi mega akan ditubuhkan di Kuala Lumpur bagi mempercepatkan program imunisasi.

Berikutan itu empat PPV yang ada sekarang akan dipindahkan ke pusat mega tersebut bagi mengurangkan kesesakan.

Mitec akan diuruskan oleh Prisma Galeri yang merupakan anak syarikat yang dimiliki penuh oleh Naza Corporation Holdings (NCH).

 

Sumber: straitstimes

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!