Rakyat Jepun Gesa Batal Sukan Olimpik Tokyo 2022 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Rakyat Jepun Gesa Batal Sukan Olimpik Tokyo 2022

Share

Debaran sukan Olimpik kian terasa terutamanya buat atlet sukan di seluruh dunia yang kini sedang dalam persiapan akhir menghadapi sukan temasya tersebut.

Walaubagaimanapun, berdasarkan undian terbaharu yang dikeluarkan, lebih 80 peratus rakyat Jepun membantah negara tersebut meneruskan penganjuran Olimpik yang tertangguh akibat COVID-19 tahun ini.

Kaji selidik itu dilakukan selepas Jepun melanjutkan tempoh perintah berkurung Jumaat lalu ketika negara tersebut sedang dilanda gelombang ke empat COVID-19.

rakyat

Akhbar Asahi Shimbun mendapati 43 peratus mahu temasya itu dibatalkan, manakala 40 peratus lagi mahu ia dilanjutkan.

Penganjur Olimpik telah melarang penonton luar negara untuk menghadiri temasya tersebut tetapi, sebarang keputusan masih belum dibuat sama ada penonton dibenarkan ataupun tidak.

rakyat

Jika temasya diteruskan, 59 peratus mahu ia berlangsung tanpa penonton manakala 33 peratus menyokong jumlah penonton dihadkan dan tiga peratus mahu ia mengikut kapasiti sebenar pertandingan.

Secara keseluruhan, Jepun hampir berjaya membendung wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, namun pemerintah dari negara matahari terbit itu menerima kritikan daripada rakyatnya atas pelanggananan vaksinasi yang lambat.

Kira-kira hanya 3.5% penduduknya sahaja yang telah telah divaksin manakala selebihnya masih belum menerima sebarang suntikan vaksin.

 

Sumber: asahi.com

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!