Covid-19: Rakyat Malaysia Menetap Di Singapura Diberikan Suntikan Vaksin
Share

Menurut Berita Harian, rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Singapura telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 di negara republik itu.
Tujuan mereka diberi suntikan lebih awal kerana faktor tempat mereka bekerja itu merupakan sektor yang diberikan keutamaan.
Ramai penerima vaksin berkongsikan kisah mereka di laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers untuk dijadikan satu lampiran dan pengalaman untuk orang lain membaca dan mengetahui mengenai keberkesanan vaksin tersebut.
Singapura antara penerima terawal vaksin buatan Amerika Syarikat itu pada 21 Disember lalu.
Semua rakyat Singapura dan penduduk jangka masa panjang di negara itu akan menerima vaksin selewatnya sebelum penghujung 2021, sekiranya tiada gangguan yang tidak dapat dielakkan semasa penghantaran vaksin tersebut.
Bagi rakyat di Malaysia, keutamaan vaksinisasi Covid-19 diperuntukkan kepada petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan anggota keselamatan, selain golongan berisiko seperti warga emas, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.