Ramai Kena "Game" Dengan Pemadam Pen, Jadi Apa Fungsinya ? - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Ramai Kena “Game” Dengan Pemadam Pen, Jadi Apa Fungsinya ?

Avatar
Share

” Pemadam bahagian biru tu untuk padam tulisan guna pen”.

Bila dah melangkah ke zaman sekolah menengah, semua pelajar diwajibkan tulis mengunakan pen. Perkara pertama yang akan dipikirkan ialah : “Macam mana kalau salah tulis? Nak padam pakai apa selain daripada liquid paper? “

Yela dulu-dulu liquid paper agak mahal bagi pelajar dan ia agak comot jika tidak dikeringkan dengan betul. Lagi-lagi bila sedang kelam kabut semasa menyalin nota atau membuat kerja rumah.

Banyak mitos mengatakan bahawa pemadam di bahagian bewarna biru boleh memadam tulisan pen. Betul ke ? Makin koyak kertas ada la.

Yang peliknya bukan di Malayasia sahaja terkena dengan mitos ini, malah di negara lain juga percaya akan penipuan ini. Entah siapalah yang memulakanya

Bila pakai je pemadam bahagian biru ini, bukan sahaja boleh hilangkan kesan pen malah boleh hilangkan terus kertas bahagian bertulis tersebut. Koyak dan berlubang dibuatnya.

Bila dah kelam kabut memang jadi nak marah dibuatnya kan!

Tapi kalau nak tahu apa sebenarnya fungsi pemadam bahagian biru tersebut, ia masih digunakan untuk memadam tulisan mengunakan pensil. Tetapi di atas kertas yang tebal , kasar atau keras. Seperti kertas lukisan

Terdapat pelbagai jenis kertas yang wujud di dunia ini. Kalau tulis di atas meja kayu pun pemadam bahagian biru ini boleh padam. Jadi kegunaan dia hanya untuk kertas atau kawasan yang kasar. Baru betul !

Harap info ini berguna untuk semua yang masih percaya bahawa pemadam bahagian biru itu untuk padam tulisan pen. Beli sahaja liquid paper okay !

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!