[VIDEO] "Menyerah Je Lah.." Reaksi Matang Kanak-Kanak Ini Hadapi Situasi Banjir Buat Warganet Kagum );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] “Menyerah Je Lah..” Reaksi Matang Kanak-Kanak Ini Hadapi Situasi Banjir Buat Warganet Kagum

Share

Bencana banjir yang melanda baru-baru ini sememangnya meninggalkan kesan mendalam pada mereka yang terkesan apabila hampir keseluruhan barangan rumah musnah ditenggelami air.

Tidak kiralah apa jenis barangan rumah sekalipun, yang nyata ianya telah menghancurkan segalanya termasuklah perkakas elektrik, kain baju, kenderaan motor dan kereta serta fail dokumen penting.

Situasi ini nyata telah mengundang kesedihan ramai terutamanya buat mereka yang berkeluarga.

kanak

Namun lain pula ceritanya apabila kanak-kanak lelaki ini dilihat begitu tenang menghadapi situasi banjir.

Dikongsikan menerusi akaun tiktok AnneJustAnne, kanak-kanak ini matang memberikan komen dan pendapat mengenai barang mainannya yang hanyut dibawa air.

 

Cukup tenang dalam menghadapi dugaan banjir, kematangan yang ditunjukkan adik kecil ini nyata amat dikagumi ramai.

Manakan tidak, kalau terkena pada batang hidung sendiri, entah bagaimana la reaksi kita kan?

Melihatkan situasi berkenaan, ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata pujian dan positif dalam kalangan warganet.

kanak

kanak

 

“Dia punya mature tu, kalah most adults nowadays”

 

kanak

Sesuatu yang boleh dipelajari di sini adalah kita perlu sentiasa redha dan pasrah dengan dugaan yang mendatang.

Bak kata adik lelaki ni, “Menyerah je lah..”

 

[Sumber: tiktok]

 

Baca Juga: [VIDEO] Wanita Ini Tahan Sebak Jumpa Beg Mainan Berdekatan Lokasi Beg Mayat Kanak-Kanak Dijumpai

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!