“Banyak Sangat Order, Foodpanda Pun Tolong” Tindakan Rider Ini Tolong Tebar Roti Canai, Raih Pujian Warganet );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Banyak Sangat Order, Foodpanda Pun Tolong” Tindakan Rider Ini Tolong Tebar Roti Canai, Raih Pujian Warganet

Share
roti

Khidmat pesanan dan penghantaran makanan semakin mendapat tempat di hati orang ramai terutamanya di aplikasi Foodpanda.

Namun begitu, isu penghantaran lambat sering menjadi bualan netizen yang menggunakan perkhidmatan ini dan rata-ratanya pasti akan memberikan maklum balas yang negatif terhadap penunggang Foodpanda tersebut.

Pernahkah anda terfikir bahawa seseorang penghantar makanan itu sentiasa berusaha untuk membuat penghantaran yang cepat?

Video perkongsian di bawah menunjukkan bahawa rider Foodpanda ini sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk setiap pesanan yang diterima.

Siapa sangka seorang rider Foodpanda, mempunyai bakat menebar roti canai yang terpendam kan?

Meskipun rupa dan paras wajahnya tidak diketahui, melihatkan kepantasan dan kebolehan lelaki ini menebar roti canai sudah cukup untuk menarik perhatian warganet.

roti

 

Barangkali kedai tersebut menerima banyak pesanan dalam satu masa, maka dengan kebolehan yang ada pada abang Foodpanda, beliau sama sekali tidak kekok untuk membantu tukang penebar asal di kedai itu.

Orang ramai rata-rata memberikan pujian terhadap tindakan murni yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut di ruangan komen.

roti

roti

roti

Sekiranya anda lewat menerima makanan yang dipesan, jangan la marah-marah ye… susah orang kita tak tahu kan?

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Kentang Goreng Kayangan, Sepinggan Harganya RM 800! Masuk Rekod Dunia

Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!