Rindu Muzik Festival? UK Anjur Konsert ‘Jarak Fizikal’ Pertama Secara Terbuka
Share

- Pemilihan lokasi diumumkan pada Julai lalu, dengan penganjur menjanjikan persekitaran konsert luar yang selamat ketika COVID-19 melanda.
- Sebanyak 500 platform disediakan di seluruh kawasan tontonan, maksimum lima orang.
- Reka bentuk platform membolehkan pengunjung menikmati & melihat konsert secara jelas walaupun berbeza sudut.
Kalau di Malaysia, baru diperkenalkan ‘wayang pandu lalu’ yang dinamakan Nescafe M-Junction Kuala Lumpur Drive-In Cinema.
Memang satu kelainan layan outdoor movies di kawasan lapang ditemani sinaran bulan sambil mengunyah popcorn. Lain pula kisahnya di United Kingdom.
Memetik laporan portal Ultimate Classic Rock, sebuah pertunjukkan sulung yang mengamalkan penjarakan fizikal telah dianjurkan di Newcastle, England.

Virgin Money Unity Area, konsert luar yang meraikan lebih 2,500 peminat muzik untuk menyaksikan persembahan penyanyi rocker, Sam Fender dan ramai lagi.
Pengunjung yang hadir akan diarahkan ke kawasan peribadi yang ditanda, lokasi parkir kenderaan yang teratur serta sistem beratur secara penjarakan fizikal.
Seperti dikatakan tadi, penonton yang hadir tidak perlu berhimpit dan bersesak kerana pesanan minuman perlu dibuat secara pre-order.



Berdasarkan maklum balas yang dikongsikan di media sosial, konsert mega dengan penjarakan fizikal ini berjaya di mata penonton serta melakar kejayaan tersendiri.
Sam Fender live in Newcastle tonight – the first socially distanced large scale concert. Very civilised. Seems to work. 600 pens with 5 family/friends per pen. Sensible loo/bar/food arrangements. It’s the future! And least for the foreseeable…… pic.twitter.com/WN0NJsyCXc
— Brian Ham (@_BrianHam) August 11, 2020
Penulis merasakan disebalik impak COVID-19, kunjungan tahun 2020 pasti membuatkan generasi akan datang cemburu dengan ‘kejayaan’ luar biasa sepanjang pandemik.
Sumber – Ultimate Classic Rock