Netizen Terkejut Ingatkan Ronaldo Baca Al-Quran, Rupanya Pelanduk Dua Serupa Pemain Bola Sepak Ini! );

Type to search

Adamedia Isu Best

Netizen Terkejut Ingatkan Ronaldo Baca Al-Quran, Rupanya Pelanduk Dua Serupa Pemain Bola Sepak Ini!

Share
quran

Video TikTok menjadi viral kerana seolah-olah menampilkan lelaki yang membaca Al-Quran di sebuah masjid adalah bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, tapi sebenarnya bukan.

Ramai pengguna telah berkongsi rakaman yang telah ditonton lebih dari 1 juta kali di TikTok.

@bewarabdullah

Hello 🤲

♬ Al Kafirun - Ahmed Al Ajamy

Lelaki yang membaca Al-Quran dalam video tersebut merupakan Bewar Abdullah yang mempunyai persamaan dengan Ronaldo.

Beberapa orang telah mengulas mengenai posting viral tersebut, menimbulkan kecurigaan bahawa lelaki dalam video itu bukan Ronaldo tetapi pelanduk dua serupanya. 

Jika anda pandang sekali, memang kelihatan seperti Ronaldo tapi setelah melihat username video viral itu ditulis sebagai @bewarabdullah. Memang sah ia hanya lelaki yang mirip dengan pemain bola sepak itu.

Bewar Abdullah, seperti di profil Facebooknya kini menetap di Birmingham, UK.

Menurut sumber, Abdullah meninggalkan Iraq dan tiba di UK pada tahun 2019, dan bekerja di sana sebagai pekerja pembinaan.

quran

Dia yang sudah terkenal di Iraq dan juga menarik perhatian di England kerana persamaannya dengan pemain bola Juventus.

Abdullah, yang sendiri bermain bola sepak, mengikuti gaya rambut dan gaya pemakaian Ronaldo kerana minat terhadap pemain itu.

 

Kredit foto: The Sun/Glen Miniki

 

Berkongsi kepada The Sun, “Saya memang bermain bola sepak, malah bermain dalam posisi yang sama dengan dia (Ronaldo) dan saya memakai baju nombor tujuh, sama seperti dia (Ronaldo). Impian saya adalah suatu hari bertemu dengannya,” jelas Abdullah

quran

Kredit foto: The Sun/Glen Miniki

Oleh itu, hal ini dapat disimpulkan bahawa lelaki yang membaca video Al-Quran yang viral itu bukanlah Cristiano Ronaldo tetapi Bewar Abdullah, pelanduk dua serupanya yang berasal dari Iraq dan kini tinggal di UK.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!