Sambal Nyet Khairul Aming 2021 Dicetak Rompak

Type to search

Sambal Nyet Khairul Aming Dicetak Rompak Oleh ‘Reseller’

Adamedia Lifestyle

Sambal Nyet Khairul Aming Dicetak Rompak Oleh ‘Reseller’

Share
sambal nyet

Penat member kerah tenaga dan idea untuk bina empayar, dia boleh sedap sedap cetak rompak sambal nyet orang! 

Masuk sahaja ke dunia perniagaan, pasti ada yang tidak senang duduk lihat kita berada di atas. Perkara sedemikian telah lama terpahat di fikiran Khairul Aming agar dia sentiasa bersedia menghadapi dugaan perniagaan.

Baru-baru ini, pemilik Sambal Nyet itu telah membuat ciapan di Twitter mengenai seseorang yang kononnya menjadi ‘reseller’ perniagaannya. 

Sebaliknya, ‘reseller’ tersebut telah menipu dengan menggunakan nama dan label Sambal Nyet Khairul Aming dan menjualnya dengan sambal yang palsu.

What a shame! 

sambal nyet
sambal nyet
sambal nyet
sambal nyet

Lebih mengejutkan lagi sudah 700 botol sambal palsu yang terjual menerusi shopee ‘reseller’ yang bernama ‘Masturaaliyah’.

Luluh hati KA apabila mengetahui kes yang melanda dirinya. Namun, laporan polis telah dibuat terhadap ‘reseller’ penipu itu. Jadi jaga-jaga ‘Masturaaliyah’, bulan ramadan ni sepatutnya berbuat baik, bukan menganiaya orang. 

Para pelanggan sering diingatkan untuk tidak membeli barangan dari sumber selain laman rasmi perniagaan tersebut. Lagi-lagi produk makanan, kita tak tahu kandungan apa yang digunakan oleh golongan penipu ni.

Seperti kes KA, rata-rata review dari akaun shopee ‘Masturaaliyah’ telah mendapat pelbagai maklum balas berupa  negatif.

Ada yang terima sambal basi, masam dan berbau. Lebih teruk lagi, bungkusannya memang hancur, sampai tumpah-tumpah bila diterima oleh pelanggan.

Walau bagaimanapun, semangat Khairul Aming masih belum pudar. Dia tetap akan berikan yang terbaik buat pelanggan setia Sambal Nyet!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!