[TONTON] ‘Sampah Berbisa’ Ini Boleh Membunuh Sesiapa Sahaja Dengan Sekali Sengat );

Type to search

Adamedia Infotainmen

[TONTON] ‘Sampah Berbisa’ Ini Boleh Membunuh Sesiapa Sahaja Dengan Sekali Sengat

Share
sesiapa

Jika dilihat sekali lalu, hidupan ini saling tidak tumpah sama seperti segumpal plastik putih yang terdampar di tepi pantai.

Namun tanggapan itu sama sekali tidak benar kerana sampah yang dianggap biasa ini merupakan sejenis hidupan laut yang berbisa iaitu Man O War Portugis ataupun lebih dikenali sebagai zooid.

Seorang lelaki berusia 47 tahun ternampak hidupan berkenaan baru-baru ini di Pantai Ainsdale di Merseyside.

Difahamkan, Zooid mempunyai sengatan kuat yang boleh meninggalkan kesan bahaya pada seseorang individu walaupun mereka sudah mati.

Ada di antaranya juga yang mempunyai sesungut panjang mencapai 100 kaki yang bukan sahaja boleh membunuh hidupan laut malah manusia juga boleh mati dengan sekali sengatan.

Zooid juga dikatakan mempunyai layar dan pundi kencing yang dipenuhi gas bagi membolehkan mereka dibawa arus lautan ke mana sahaja.

Lebih teruk, hidupan ini tidak mempunyai sebarang gangguan yang boleh menghalang mereka daripada hanyut, dan boleh berada di mana-mana sahaja permukaan pantai di muka bumi ini.

Berdasarkan kajian, Zooid boleh muncul di seluruh Barat Laut England kerana cuaca ribut yang tiba baru-baru ini dan mereka biasanya ditemui di Lautan Atlantik dan Lautan Hindi.

sahaja

Pesan penulis, kalau terjumpa plastik kotor di persisiran pantai sebaiknya periksa terlebih dahulu.

Mana la tahu hidupan Zooid ni boleh tiba-tiba muncul di Malaysia pula kan?

 

[Sumber: thesun]

 

Baca Juga: Membanggakan! Filem ‘Prebet Sapu’ Wakili Malaysia Ke Anugerah Akademi Oscars

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!