‘Sayangnya Nak Buang Barang Ni’, Jaga-Jaga Itu Sebenarnya Tanda Penyakit Mental - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

‘Sayangnya Nak Buang Barang Ni’, Jaga-Jaga Itu Sebenarnya Tanda Penyakit Mental

Hidayah Abdullah
Share

‘Simpan dulu lah, nanti nak guna’, tidak kira kaum wanita mahupun kaum lelaki pasti ada kecenderungan untuk menyimpan barang.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Tidak salah menyimpan, tetapi kalau dah sampai berhabuk, bertahun-tahun namun masih tidak menggunakannya serta mengganggu kehidupan seharian itu merupakan tanda penyakit mental.

Hoarding Disorder merupakan kecelaruan mental seseorang yang sukar untuk membuang barang dan lebih parah kerana ia berkaitan dengan kemurungan (depression), kegelisahan (anxiety), Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Individu jenis ini suka menyimpan barang dan sayang untuk buang dengan alasan ‘nanti nak guna’, tetapi bila? 2 atau 3 hari kemudian atau beberapa tahun kemudian?

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Hording Disorder ada dua jenis, iaitu mereka yang suka menyimpan semua barang yang pelbagai dan mereka yang suka menyimpan barang spesifik.

Namun jangan salah faham Horders dengan collector pula ye kerana Hoarders cenderung simpan barang yang tiada nilai manakala collector pula mengumpul barangan bernilai seperti figura.

Nak tahu karakter Hoarders ni senang sahaja, benda kecil pun disimpannya, rumah menjadi serabut dan sempit kerana barangan yang disimpan telah makan sebahagian ruang.

Mereka juga sangat marah sekiranya anda alihkan atau buang barang mereka kecuali tanpa pengetahuan mereka.

Antara faktor terjadinya Hoarding Disorder ini disebabkan faktor genetik, namun boleh dielak dengan seseorang mengubah gaya hidup keluarga tersebut.

Selain itu, budaya juga menjadi faktor utama kerana dari dulu kita telah di didik untuk tidak membazir, tahukah anda jika menyimpan barang juga dikira membazir dan lebih baik disedekah sahaja kepada orang yang memerlukan.

Namun ia masih boleh dirawat dengan membawa Hoarders berjumpa Clinical Psychologist, boleh mula dengan langkah awal iaitu mengemas barang secara berperingkat.

Bermula dengan bilik sendiri terlebih dahulu, jangan pula mulakan secara drastik pula. Sekiranya barang tersebut sudah berbulan tidak digunakan, sedekah sahaja lah atau kuatkan hati untuk membuangnya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!