Timbul Kontroversi 'Scene' Bulimia Puteri Diana dalam The Crown );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

Timbul Kontroversi ‘Scene’ Bulimia Puteri Diana dalam The Crown

Farhana Syahirah
Share

Musim keempat The Crown dalam Netflix telah memperkenalkan watak Puteri Diana (Emma Corrin) yang berkahwin dengan Putera Charles.

Dalam siri ini, ada beberapa episod yang dilakonkan babak gangguan makanan (bulimia) yang dialami oleh puteri Diana akibat tekanan hidup dalam perkahwinan.

Tapi tepatkah gambaran dalam drama The Crown hingga menjadi pengetahuan umum sehingga kini?

Benarkah Puteri Diana penghidap Bulimia?

Pada Jun 1992, dalam biografi ‘Diana: Her True Story’ yang ditulis oleh Andrew Morton telah mengejutkan ramai orang kerana pendedahan eksklusif itu. Ramai terkejut kerana perkahwinan ‘fairy tale’ yang beliau hadapi hanyalah indah khabar dari rupa.

Dalam biografi tersebut, ia dedahkan bagaimana Diana lepaskan tekanan dengan makan pemanis mulut seperti aiskrim dan puding dengan sangat banyak dan kemudian memuntahkan kembali.

Tekanan Diana dikatakan bermula 3 hari sebelum hari perkahwinan, dan berterusan hingga ke bulan madu, hingga ke akhir perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana.


Pakar Diraja Kritik Babak Bulimia

Namun berbeza pula pendapat dari pakar diraja United Kingdom, mereka mengkritik babak tersebut dalam The Crown. Ini kerana, adegan menyedihkan itu dilakonkan secara detail bagaimana ia dipaksa untuk muntahkan balik makanan dengan masukkan jari ke kerongkong.

Pada babak yang lain, Diana dilihat suka makan pencuci mulut dengan sangat banyak sebelum memuntahkan kembali makanan tersebut.

Rata-rata, ramai penonton sedih dengan struggle puteri Diana untuk melawan gangguan makanan ketika di usia yang muda.

Walaupun pada awal episod, Netflix sudah memberi amaran bahawa terdapat babak tersebut, Pakar Diraja tetap mengkritik babak bulimia dalam drama tersebut.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!