Scene Metal Negara – 3 Band Yang Korang Kena Layan );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Underground Scene Metal Negara – 3 Band Yang Korang Kena Layan

Share
band

Peminat muzik metal pastinya tidak asing dengan band terkemuka dari luar negara seperti Avenged sevenfold, Metallica, Pierce The Veil dan banyak lagi.

Tapi korang tahu tak muzik metal di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, malah ada yang sudah menempa nama di persada antarabangsa.

Berikut merupakan antara band metal yang giat bergerak secara underground namun muzik mereka telah jauh meninggalkan persada seni negara.

Artis BBNU jangan triggered ye…

 

Sekumpulan Orang Gila

band

Nama kumpulannya sahaja sudah melambangkan muzik yang dibawa, namun jangan terkejut kerana band ini cukup terkenal dengan muzik asli dan nusantara yang diberi nafas metal. Mula bertapak dalam scene underground sejak tahun 2013, sehingga sekarang masih lagi giat menjalankan konsert dan juga gig underground di dalam mahupun luar negara.

Selain menghasilkan lagu bergenre metal dan post hardcore, kumpulan yang mesra dipanggil esoji ini juga pernah berduet dengan penyanyi Ana Rafali bagi menghasilkan lagu raya pada sekitar tahun 2014 dan yang terbaharu, sebuah lagu bertajuk ‘Pelukan Angkasa’ telah dihasilkan bersama seorang lagi penyanyi terkenal Shila Amzah.

band

Alang-alang nak raya ni boleh la try dengar lagu ni dekat channel Youtube mereka.

Album single mereka yang terbaru “Sailore of Saviour” mendapat sentuhan komposer luar negara dan telah dirakamkan di negara kota cinta, Paris. Menggabungkan elemen kemelayuan dan rentak metal menjadikan lagu ini unik untuk didengari.

Buat penuntut UiTM, anda boleh berbangga kerana penyanyi dan drummer kumpulan ini merupakan graduan Ijazah muzik UiTM. #Uitmdihatiku

 

 Massacre Conspiracy

band

Terkenal dengan muzik keras metalcore, kumpulan ini telah mula bertapak dalam arena muzik metal negara pada sekitar tahun 2008 dan sehingga ke hari ini masih lagi bergiat aktif dalam menghasilkan muzik baharu.

Sering tampil dengan aksi ganas dan liar semasa membuat persembahan menjadikan mereka cukup diminati dan digemari bukan sahaja di Malaysia, malah turut mencetus fenomena di negara jiran, Indonesia.

band

Sedikit berbeza dengan sekumpulan orang gila, band ini mengetengahkan muzik keras yang mempunyai elemen jeritan atau lebih dikenali sebagai ‘scream’ yang disampaikan oleh vokal utama mereka, Ash.

Pada awal tahun 2020, mereka telah menjelajah beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina bersama band metal terkemuka antarabangsa As I Lay Dying.

Pernah menerima beberapa pencapaian anugerah muzik di dalam dan di luar negara membuktikan mereka sememangnya berada di kelas yang tersendiri.

 

Patriots

band

Bagi korang yang mahukan muzik yang tidak terlampau keras dan bising, penulis sarankan korang untuk cuba layan lagu-lagu daripada band ini. Sedikit unik kerana penyanyi kumpulan ini berupaya menghasilkan suara yang lunak dan juga ‘scream’ dalam masa yang sama, untuk menghasilkan sebuah muzik pop mosh.

Sering tampil dengan imej celoreng di muka semasa persembahan, ianya melambangkan kreativiti seni mereka di dalam muzik dan keunikan imej yang tersendiri.

Lebih gemar menghasilkan lagu berbahasa Inggeris, merupakan kekuatan utama kumpulan ini untuk tembus ke pasaran antarabangsa dan sebagai bukti mereka pernah menerima jemputan melakukan persembahan di Filipina.

Terkini, mereka sedang giat mempromosi album terbaru mereka ‘Separation’ dan keunikan pada album kali ini mereka menghasilkan rentak jepun ala-ala lagu anime.

Mungkin tak ramai yang tahu akan kewujudan band-band di atas namun jangan terkejut yang mereka ini mempunyai fan-based yang sangat besar tau sebenarnya. Kalau tak percaya cuba la search dekat social media dorang!

 

 

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!