Sejarah Kucing bermusuhan Dengan Tikus Menurut Lagenda Zodiak Cina
Share

Menurut lagenda, zodiak cina terbahagi kepada 12 jenis haiwan yang dipilih melalui perlumbaan yang dianjurkan oleh Maharaja Jed bagi menentukan sistem zodiak yang diguna pakai sehingga sekarang.
Seperti yang kita ketahui, 12 haiwan telah berjaya namun tidak ramai yang tahu tentang terkandasnya seekor kucing akibat ditipu oleh si tikus.
Dahulunya kucing dan tikus merupakan sahabat karib dan sanggup menghabiskan masa bersama.
Namun sayang keinginan tikus yang ingin memenangi perlumbaan tersebut, dia meninggalkan kucing yang sedang tidur tanpa mengejutkannya sehinggalah si kucing tersedar apabila perlumbaan telah pun tamat.
Kucing berasa dikhianati oleh sahabat karib yang ia percayai dan dari saat itu ia bersumpah untuk membenci tikus selama-lamanya.
Kerana kejadian tersebut, dikatakan sehingga kini kucing akan mengejar tikus sampai bila-bila.
Sumber: Hutong School