Sejuta Dos Vaksin Pfizer Dari US Selamat Tiba Di Malaysia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Sejuta Dos Vaksin Pfizer Dari US Selamat Tiba Di Malaysia

Share
us

Khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila Sejuta dos vaksin jenis Pfizer hasil sumbangan US telah pun tiba di Malaysia awal pagi tadi.

Pesawat kargo TH 384 jenis Airbus Boeing 767 milik Raya Airways yang membawa bekalan vaksin itu selamat mendarat kira-kira 8.10 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

us

Ketibaan pesawat berkenaan disambut Menteri Penyelaras PICK yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters.

Difahamkan, bekalan vaksin itu adalah sumbangan kedua negara luar selepas Malaysia menerima satu juta dos vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca dari kerajaan Jepun, Khamis lalu.

us

Sumbangan ini sekaligus melambangkan hubungan baik antara kedua buah negara ini dari segi hubungan diplomatik dan ekonomi negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap ‘PICK’ yang kini sedang dilaksanakan di Malaysia.

us

Tambahnya lagi, Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu.

Ianya termasuklah sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, set perlindungan diri (PPE) serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

Buat rakyat Malaysia sekalian, jangan lupa kemas kini makumat anda di aplikasi My Sejahtera, dan bagi yang belum mendaftar.. cepat daftar sebelum terlewat!

 

Sumber: beritaharian

 

Baca: Malaysia Bangunkan 2 Vaksin Untuk Cepatkan Proses Imunisasi Kebangsaan
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!