“Seorang Demi Seorang Tumbang, Muntah Darah” 9 Sekeluarga Alami Keracunan Akibat Makan Cendawan Beracun );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Seorang Demi Seorang Tumbang, Muntah Darah” 9 Sekeluarga Alami Keracunan Akibat Makan Cendawan Beracun

Share

Cendawan merupakan sejenis tumbuhan yang boleh dimakan dan digemari ramai masyarakat di Malaysia.

Namun perlu diketahui bahawa terdapat beberapa jenis cendawan beracun yang tidak boleh dimakan dan sebahagian daripadanya juga boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan kita.

Terbaru, sembilan beranak dilaporkan mengalami keracunan selepas menikmati sayur cendawan goreng selepas kurang sejam menjamah makanan tersebut di Kampung Nyiur, Dungun, Terengganu. 

beracun

Ibu kepada lapan anak berkenaan, Nurul Musfirah Ghazali, 32, berkata, dia memetik cendawan yang tumbuh di kebun sekitar rumahnya tanpa mengetahui cendawan itu sebenarnya beracun. 

“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena. Terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut. Rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah suami, Muhammad Nurhadi, 36. 

“Dalam keadaan tidak bermaya, kami hanya mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek. Ada yang mulut berbuih dan keluar darah. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya. 

beracun

Walaupun dalam keadaan lemah, suaminya bangkit menggagahkan diri untuk membawa mereka sekeluarga ke Klinik Kesihatan Paka bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, lauk cendawan beracun itu dijamah oleh mereka sekeluarga kecuali anak bongsunya yang berusia setahun sebulan. 

Sebelum ini, Nurul Musfirah mengakui pernah ternampak spesis cendawan itu tumbuh di kebun sayurnya tetapi tidak pernah terlintas di fikiran untuk memetiknya sehinggalah pada hari kejadian dia tanpa ragu-ragu memetik tumbuhan itu untuk dimasak. 

beracun

Cendawan sememangnya sejenis juadah yang enak untuk dinikmati namun kita perlulah sentiasa berwaspada sebelum memetik dan makan tumbuhan itu.

Elok-elok nak buat juadah makan malam terus ke hospital nanti sudahnya, bahaya kan?

 

[Sumber: sinar]

 

Baca Juga: Siakap Harga Kayangan Rupanya Bukan Sebarang Ikan, Wakil Restoran Ini Tampil Beri Penjelasan

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!