Sektor Pertanian, Pembuatan Sumbang Ekonomi Malaysia Ketika Pandemik

Type to search

Adamedia Isu Best

Sektor Pertanian, Pembuatan Sumbang Ekonomi Malaysia Ketika Pandemik

Share

Sektor pertanian dan pembuatan merupakan antara penyumbang utama dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa tempoh pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata ia berdasarkan beberapa indikator terkini yang telah mula menunjukkan prestasi ekonomi lebih baik.

“Antaranya prestasi indeks pengeluaran sektor pembuatan meningkat sebanyak 2.1 peratus pada September 2020 berbanding dengan penguncupan 2.1 peratus pada Ogos 2020 selain nilai jualan sektor pembuatan juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 3.7 peratus pada September kepada RM121.2 bilion,” katanya di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 

Arthur Joseph Kurup semasa dalam parlimen.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) mengenai kedudukan sektor ekonomi berdasarkan ranking yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta sektor yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi semasa COVID-19.

Sektor pertanian

 

Harga minyak sawit mentah pula telah kembali mencecah paras melebihi RM3,000 per tan pada November 2020, iaitu RM3,422 per tan berbanding paras terendah sebanyak RM2,074 per tan pada Mei 2020, katanya.

Arthur berkata selain itu harga getah SMR20 meningkat kepada paras tertinggi iaitu RM6.33 sekilogram pada November 2020 berbanding RM4.73 sekilogram iaitu paras harga terendah, pada April 2020.

Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2019, sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar kepada kadar itu iaitu sebanyak 57.7 peratus, katanya.

Sektor pembuatan


Beliau berkata kedudukan itu diikuti sektor pembuatan yang menyumbang sebanyak 22.3 peratus, sektor pertanian serta perlombongan dan pengkuarian yang masing-masing menyumbang sebanyak 7.1 peratus.

“Sektor kelima ialah sektor pembinaan yang menyumbang sebanyak 4.7 peratus kepada KDNK dalam tempoh yang sama,” katanya.

[Sumber: Bernama

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!