Selalu Makan Mee Segera? Korang Patut Baca Artikel Ini );

Type to search

Adamedia Gaya Hidup Lifestyle Makan

Selalu Makan Mee Segera? Korang Patut Baca Artikel Ini

Share

Memang ramai yang sudah tahu kalau kerap makan mee segera, kesan yang buruk akan merosakkan tubuh badan korang.

Tapi kadang, sebab tiada pilihan dan kekurangan bajet pada makanan, memang mee segera lah yang akan menemani korang dan lagi satu, senang untuk dibuat.

Makan mee segera bukanlah satu kesalahan besar dan tidak berbahaya seperti yang selalu digembar-gemburkan, melainkan cara penyediaan korang itu betul dan boleh mengurangkan keburukan makan mee segera. 

Nak tahu apa kesan yang boleh bagi dekat tubuh badan korang lepas makan mee segera? Jom scroll ke bawah.

1. Kuota garam harian yang dicadangkan dalam harian terdapat pada mee segera.

Kebanyakan mee segera penuh dengan garam dan karbohidrat, jadi ia hanya okay kalau korang makan secara berkala (bukan satu hari, 3x makan).

Kalau makan dalam satu hidangan, korang memang akan dapat kuota garam harian yang diperlukan sebabnya kandungan garam dalam mee segera memang dah tinggi.

Tapi, korang kena ingat, walaupun keperluan garam dalam badan korang dah cukup dengan mee segera, ia masih ada nilai pemakanan yang TAK mencukupi seperti vitamin, serat dan mineral.

Korang kena kreatif letak rencah sayuran dan protein seperti telur, daging atau ayam.

2. Korang akan simpan lebih banyak air dalam badan

Selalunya lepas korang makan mee segera, perut korang akan terasa kembung, dalam masa yang juga akan rasa lesu. Ini disebabkan air yang disimpan dalam badan korang selepas makan.

Korang juga akan bertambah berat badan tetapi hanya sementara

3. Mee segera akan tinggal dalam perut dalam jangka masa yang SANGAT lama

YES! mee segera adalah mee yang diproses, jadi memang akan duduk dalam perut dengan sangat lama

Nak tahu berapa lama mee segera akan tinggal dalam perut, korang boleh lihat video di bawah


4. Korang boost risiko untuk jatuh sakit

Kajian menunjukkan jika wanita yang makan mee segera sekurang-kurangnya dua kali seminggu, lebih berisiko tinggi untuk jatuh sakit. Ia merangkumi penyakit diabetes dan serangan jantung.

MSG – seperti ajinomoto, merupakan bahan yang ada dalam perencah mee segera dan juga beri korang sakit kepala dan penyebab korang berasa mual

5. Korang yang selalu makan mee segera, mungkin ada penglihatan kabur

Makanan jenis ini memang dibuat untuk bertahan lama, jadi memang akan ada bahan tambahan toksik untuk kekalkan jangka hayat mee tersebut.

Salah satu bahan tambahan toksik berbahaya kepada manusia, sudah tentunya boleh menyebabkan penglihatan korang kabur sebagai kesan sampingan jika makan terlalu kerap dan banyak.

Mee segera memang sedap, cepat dan mudah untuk disediakan. Tetapi benda mudah itulah yang akan beri kesan sampingan dalam tubuh badan kita untuk beberapa tahun lagi. Kalau nak pilihan lain selain mee segera, korang boleh menu snek ringan sihat di sini.

Ingat, apa yang kita makan, itulah yang menjadikan bentuk tubuh badan kita yang sekarang. Jika makan tanpa senaman lah. Kalau bersenam, lagi bagus!

Jadi, mee segera perisa apa je yang jadi kegemaran korang? meh kongsi dengan kami!

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!