Selamat Tinggal Tesco Malaysia, Hai Lotus's - Adamedia );

Type to search

Selamat Tinggal Tesco Malaysia, Hai Lotus’s

Adamedia Isu Best

Selamat Tinggal Tesco Malaysia, Hai Lotus’s

Share

Salam perkenalan kepada Kedai Lotuss.

Bermula 15 Februari, rangkaian pasar raya besar ini mengumumkan penukaran nama menjadi Lotuss Stores atau Lotus’s Malaysia, setelah melakukan penjenamaan semula yang dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Rakyat Malaysia telah mengetahui perubahan tersebut semasa menjalankan aktiviti runcit mereka. Ada yang menyatakan bahawa beberapa kedai Tesco Malaysia sudah mula mengedarkan risalah yang memberitahu pengunjung mengenai perubahan tersebut. Sementara itu, mereka yang memasuki premis juga melihat nama baru ketika mengimbas aplikasi MySejahtera mereka semasa mendaftar masuk.

tesco

Menurut pengguna Twitter juga menunjukkan bukti yang premis secara rasmi sudah menukar nama kepada Lotus’s.

Menurutnya, dia pergi membeli barang keperluan di Tesco namun apabila check-in menggunakan aplikasi MySejahtera, bukan lokasi premis yang dipaparkan pada skrin malah Lotuss Store.

Tahun lalu, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd telah dijual kepada entiti Kumpulan Charoen Pokphand (CP) Thailand. Pengambilalihan itu telah diluluskan oleh MTCC pada bulan November 2020.

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!