Gara-Gara Tidak Bertuan, ‘Seller’ Shopee Ini Jual Barang Misteri Dari Gudang China

Type to search

Adamedia Infotainmen

Gara-Gara Tidak Bertuan, ‘Seller’ Shopee Ini Jual Barang Misteri Dari Gudang China

Share

Zaman sekarang, amalan membeli-belah secara online merupakan pilihan ramai lebih-lebih lagi negara kita sedang dilanda wabak COVID-19 ketika ini.

Platform e-dagang terkenal, Shopee antara yang digemari rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bila tibanya bulan promosi pada setiap bulan, memang berebut-rebut orang membeli barang di Shopee.

seller

Pelbagai jenis barangan yang dapat dimiliki, sama ada barang dijual dari negara China ataupun dalam negara, masing-masing mempunyai harga dan barangan berlainan.

Namun begitu, tahukah anda bahawa barang lama tyang tidak dituntut di gudang China, dijual dalam bentuk kotak misteri di Shopee?

Barang-barang berkenaan dijual oleh seller tempatan dan orang ramai boleh membelinya di Shopee.

seller

 

seller

Konsep jualan yang dilakukan adalah seperti ‘permainan tikam’ di mana barangan yang diterima bergantung seratus peratus pada nasib seseorang itu kerana ianya barang yang tidak bertuan.

Maka segala isian barangan tersebut adalah misteri dan sama sekali tidak diketahui oleh seller itu sendiri.

Antara maklum balas daripada pembeli, ada yang menerima tempered glass, pen, putik kapas, vitamin dan yang kurang bernasib baik mendapat sampah. Nama pun barang misteri, jadi janganlah marah kalau dapat barang bukan-bukan ye..

seller

Macam-macam cara orang nak buat duit zaman sekarang ni kan?

Kalau anda ingin beli ataupun ‘prank’ rakan-rakan anda bolehlah beli di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!