"Senyuman terakhir papa buat ramai orang berasa tenang & ceria" - Ayah Afdlin Shauki Meninggal Dunia Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Senyuman terakhir papa buat ramai orang berasa tenang & ceria” – Ayah Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Share

Hilang seorang ayah tiada gantinya. Seceria mana pun sesorang itu, tetapi tidak boleh disembunyikan apabila berhadapan dengan kematian orang tercinta.

Inilah yang dilalui oleh artis ternama tanah air, Datuk Afdlin Shauki.

Pada tarikh 11/8/2020 ( Selasa ) jam 2.57 ayah kepada Datuk Afdlin Shauki telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras.

Catatan Datuk Afdlin Shauki di laman Instagramnya mengundang sebak kepada semua yang membacanya.

“Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria”.

” Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau “

Rakan-rakan artis dan peminat menzahirkan simpati dan salam takziah kepada Datuk Afdlin Shauki dan keluarga di atas kehilangan ayahnya

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!