Anda Boleh Sewa Jet Peribadi Yang Bawa Biden Ke Upacara Pelantikan Presiden Dengan Hanya Serendah RM48,500 Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Anda Boleh Sewa Jet Peribadi Yang Bawa Biden Ke Upacara Pelantikan Presiden Dengan Hanya Serendah RM48,500

Share
Jet Peribadi Biden

Mengikut rancangan asal, Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik, Joe Biden mahu menaiki kereta api Amtrak dari rumahnya di Wilmington, Delaware ke Washington DC untuk upacara pelantikannya pada 21 Januari lalu.

Namun, atas sebab-sebab keselamatan beliau terpaksa melupakan hasrat tersebut dan menggunakan alternatif lain – iaitu sebuah jet peribadi Boeing 737.

Menurut Forbes, pesawat yang membawa Biden itu telah diubahsuai oleh sebuah syarikat pengendali penerbangan peribadi, Jet Edge.

Kebiasaannya, sebuah Boeing 737 boleh membawa sekitar 150 penumpang dalam satu masa, tetapi pesawat yang diubahsuai itu hanya boleh memuatkan 16 orang – dengan bahagian dalamnya mempunyai bilik persidangan, beberapa meja makan, bilik tidur peribadi, dan juga bilik mandi bersambung.

Jet peribadi tersebut boleh terbang selama 14 jam sehala dan sejak pertama kali mula meluncur di udara pada 1999, ia hanya menyaksikan 9,000 jam penerbangan – secara purata kira-kira 450 jam setahun dan lebih sikit daripada satu jam sehari.

Teringin nak rasa naik jet peribadi sama yang Presiden AS terbaru itu naik? Anda boleh berbuat demikian dengan hanya membayar antara US$12,000  sehingga US$20,000 sejam (RM48,500 – RM80,800).

Biden hanya menggunakan kapal terbang itu selama 28 minit daripada Lapangan Terbang Van Nuys di Los Angeles ke Wilmington.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!