ShopeeFood - Shopee Malaysia Sedang Mencari 'Rider' Untuk Aplikasi Terkini );

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Adamedia

ShopeeFood – Shopee Malaysia Sedang Mencari ‘Rider’ Untuk Aplikasi Terkini

Share
food

Jika sebelum ini kita biasa memesan makanan melalui penghantaran Foodpanda ataupun Grabfood, kini Shopee Malaysia juga bakal hadir dengan perkhidmatan yang hampir serupa iaitu ShopeeFood.

Ianya sekaligus bakal menjadikannya antara pesaing terbaharu buat industri penghantaran makanan yang tersedia ada ketika ini.

Perkara ini disahkan oleh Shopee Malaysia menerusi akaun twitter rasminya.

food

Setakat ini, Shopee sedang mencari kakitangan penghantar makanan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Mengikut syarat, pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan penunggang motosikal berlesen atau sekurang-kurangnya mempunyai lesen P dan ke atas.

Menggunakan perkhidmatan pesanan secara atas talian, pemohon dikehendaki memiliki telefon pintar yang menyokong iOS 10 dan Android 4.4 dan ke atas.

food

Maklumlah, segala pesanan dan pembayaran akan dibuat secara online..

Maka dengan itu, sokongan aplikasi telefon pintar yang baik sangatlah penting bagi memudahkan lagi kerja anda sebagai penghantar makanan.

Selain itu, pemohon juga perlulah memiliki rekod yang bersih tanpa sebarang kes melibatkan pihak PDRM ataupun Shopee. 

food

Sekiranya anda berminat untuk menjadi penghantar makanan di ShopeeFood, bolehlah membuat permohonan di sini

Ianya serba sedikit dilihat membuka peluang pekerjaan buat mereka yang terkesan akibat daripada penularan COVID-19 ketika ini.

Yang pastinya, selepas ini tiada lagi alasan untuk anda keluar rumah semasa tempoh PKP ini. #Dudukdirumah

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!