[VIDEO] Shuib Nasihat Anak Muda "Henti Sanjung Artis K-Pop" ARMY Luah Rasa ‘Bengang’ );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] Shuib Nasihat Anak Muda “Henti Sanjung Artis K-Pop” ARMY Luah Rasa ‘Bengang’

Share

Tiga hari lepas, Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian artis penyanyi wanita terkenal negara, Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu.

Berita sedih tersebut nyata meninggalkan kesan mendalam buat seluruh masyarakat kerana lagu nyanyian beliau sangat diminati ramai.

Merupakan isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Shuib merupakan insan yang paling terkesan dalam hal ini.

shuib

Sejurus selesai menguruskan upacara pengebumian isterinya, Shuib berkongsikan cerita dan pengalaman beliau sepanjang rawatan yang dijalankan di hospital.

Bercakap mengenai perjuangan isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang berjuang menentang wabak COVID-19, Shuib sempat berpesan kepada generasi muda agar berhenti daripada mengidolakan artis K-Pop.

“Marah anak kita kalau mengidolakan BTS, Blackpink. Maaf Cakap..”

 

Pesanan tersebut ditujukan khas buat generasi muda beragama Islam hari ini supaya menjadikan Rasulullah sebagai idola mereka.

Walaubagaimanapun, tindakan tersebut nyata mendatangkan kemarahan buat peminat artis kumpulan K-Pop terkenal BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY.

shuib

shuib

Lancang bersuara di Twitter, rata-rata netizen tampil membantah apa yang diperkatakan oleh peminat tegar K-Pop tersebut.

shuib

shuib

Pendapat penulis, apa yang disampaikan oleh Shuib itu bukanlah satu kesalahan kerana beliau menyampaikannya dalam bentuk nasihat yang sangat sopan tanpa sebarang kecaman.

Tak kira la anda peminat Blackpink, BTS atau apa sekalipun, adab itu mendahului ilmu maka ianya sangatlah penting untuk kita sentiasa beradab.

Renung-renungkan dan selamat beramal semua!

 

Sumber: Twitter

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!