Siakap Harga Kayangan Rupanya Bukan Sebarang Ikan, Wakil Restoran Ini Tampil Beri Penjelasan );

Type to search

Adamedia Isu Best

Siakap Harga Kayangan Rupanya Bukan Sebarang Ikan, Wakil Restoran Ini Tampil Beri Penjelasan

Share
siakap

Tular di media sosial semalam mengenai harga ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi yang didakwa lebih dari RM1,000.

Situasi ini telah mendapat respon daripada warganet. Ada yang terkejut dengan harga dan juga bersimpati pada keluarga berkenaan.

Malah, menasihati suapaya berhati-hati semasa memilih sebarang kedai makan.

BACA JUGA: Tangkap Ikan Berwajah Khinzir, Tindakan Pelaut Terima Kecaman Warganet

Dalam pada itu, tidak mahu situasi ini terus berlanjutan, wakil kepada restoran berkenaan tampil membuat penjelasan.

Diharapkan dengan kenyataan ini, dapat dijadikan iktibar kepada semua pengunjung yang ingin bercuti ke Langkawi.

Ikan siakap tersebut sebenarnya ikan show, bukan untuk dijual

Assalamualaikum, saya wakil dari restoran yang viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg. Disini saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian, berkenaan dgn saiz ikan, saya sendiri sudah menerangkan kepada pelanggan berkenaan dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkar ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ini.

Saya juga telah cadangkan supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan (ikan merah dan kerapu), size ikan di dalam lebih kecil saiz lebih kurang 1.00kg-1.5kg saja tetapi pelanggan masih lagi berkeras untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersaiz mega.

Apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan tali pancing dan panggil beliau supaya melihat saiz ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat saiz ikan dan beritahu kami teruskan dengan ordernya.

Berkenaan dengan anggaran saiz yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi saiz ikan, pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran saiz ikan memang besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.

Tetapi beliau masih lagi terus untuk order. Ada yang mention berkenaan telur dadar yang mahal sebenarnya satu pinggan ada 3-4 biji telur, dan telur itu bersaiz besar. Saya rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di restoran terapung mengambil kira kos yang perlu di keluarkan.

Point kedua berkenaan dgn kad kredit 5%, pihak kami tidak mengenakan caj di dalam pembayaran beliau, bil yang di tunjukkan cuma satu bil sahaja. Bil pertama berjumlah RM1759.50 dan bil kedua berjumlah RM93.00. Jadi, total untuk dua bil tersebut RM1852.50.

Berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dengan bil juga tu juga order lobster (950g) hampir 1kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yang dijual di restoran adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup.

Banyak yang dalam komen mention pejabat zakat, LHDN apa semua jangan risau semua, kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara Malaysia.

[Sumber: Langkawi Viral]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!