Siapa Pencipta ‘Homework’ Sebenarnya? Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Siapa Pencipta ‘Homework’ Sebenarnya?

Share

Homework atau kerja rumah merupakan latihan tambahan yang diberikan oleh para guru bagi mengukuhkan lagi sesi pembelajaran anak murid.

Boleh dikatakan setiap matapelajaran mempunyai kerja rumah yang perlu diselesaikan, dan ada juga guru yang tidak memberikan kerja rumah kerana sesi pembelajaran dalam kelas sudah cukup.

Bagi anak murid, kerja rumah merupakan satu beban dan paling malas hendak diselesaikan. Ada juga yang suka jika gurunya memberikan kerja rumah.

Jika ikut sejarah pendidikan, banyak sumber yang menunjukkan orang yang berlainan namun mereka mempunyai sejarah dalam memberikan kerja rumah terhadap anak murid mereka.

Roberto Nevilis

Roberto Nevilis merupakan seorang guru di Italy, Venice pada tahun 1905. Kebanyakan sejarah mengatakan bahawa dia merupakan orang yang pertama mencipta homework untuk anak muridnya.

Tujuan dia menciptakan homework adalah kerana baginya ia merupakan satu denda.

Tidak kesemua anak muridnya mendapat homework, jika anak muridnya seorang yang pandai maka tiada homeowork baginya. Jika anak muridnya itu kurang pengetahuan dan perlu belajar lagi, maka Roberto akan memberikan kerja rumah.

Johann Gottlieb Fichte

Johann Gottlieb Fichte merupakan seorang ahli falsafah Jerman, yang terkenal sebagai bapa kepada nasionalisma Jerman.

Pada tahun 1814, Prussia mengalami masalah mengenai nasionalisma dalam kalangan warganegaranya.

Dari berbakti kepada negara selepas perang, kebanyakan warganegara memilih untuk kembali kepada kerja yang mereka lakukan sebelum perang. Zaman itu tiada langsung rasa kebanggaan dan nasionalisma.

Jadi, Fichte menciptakan Volkschule di mana ia merupakan pendidikan selama 9 tahun, sama seperti sekolah rendah dan sekolah menengah, dan Realschule yang merupakan sekolah menengah untuk golongan bangsawan.

Mereka yang menghadiri Volkschule akan diberikan kerja rumah sebagai cara dalam menunjukkan kekuatan negeri walaupun pada waktu peribadi.

Sistem ini akhirnya tersebar ke seluruh Eropah tetapi bukan dalam cara dominasi. Sesetengah negeri ikut cara mereka sendiri, contoh seperti Finland yang tidak kenakan kerja rumah ke atas anak murid mereka.

Horace Mann

Pada tahun 1843, ketika Amerika Syarikat masih mengamalkan tutor swasta atau pelajaran informal, Horace Mann telah mengubah kepada pendidikan awam setelah berkunjung ke Prussia dan lihat cara pendidikan mereka.

Akhirnya cara tersebut telah diterapkan ke dalam Amerika Syarikat dan dari sinilah kerja rumah menjadi satu praktis di seluruh dunia.

Ketiga-tiga yang disebut ini telah mengubah dunia pendidikan dengan kewujudan kerja rumah, namun tiada bukti sahih yang menyatakan siapa sebenarnya yang mencipta kerja rumah.

Namun begitu, kerja rumah telah membantu anak murid dalam pelbagai aspek dari segi keupayaan hafalan serta kebolehan berfikir dalam jangka masa yang pendek.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!