Singapura Lakukan Ujian Nafas Bagi Mengesan Virus COVID-19

Type to search

Adamedia Infotainmen

Singapura – Ujian Nafas Dilakukan Bagi Mengesan Virus COVID-19, Seminit Je Dah Tahu Result!

Share
ujian nafas

Biasanya kita pernah lihat mereka yang lakukan ujian calitan bagi mengesan virus COVID-19 hanya di hidung dan tekak je kan? Tapi sekarang Singapura dah luluskan satu lagi cara baharu.

Cara terbaharu ini telah diberi kelulusan sementara oleh Penguasa Sains Kesihatan Singapura dan dengan ujian nafas COVID-19 ini mampu menghasilkan keputusan dalam seminit sahaja.

Wah cepatnya!

Berdasarkan percubaan yang dilakukan, individu perlu menghembuskan nafas ke dalam saluran mulut sehala dan sebatian di dalam nafas tersebut akan dibandingkan dengan perisian mesin yang boleh mengesan pernafasan individu yang positif COVID-19.

Breathonix diasaskan oleh tiga lulusan NUS, Dr Jia Zhunan, Encik Du Fang dan Encik Wayne Wee Shi Jie, dengan penasihat PHD Dr Jia, iaitu Profesor T Venky Venkatesan.

“Ujian pernafasan kami tidak invasif,” kata Dr Jia yang merupakan CEO Breathonix.

“Para pengguna hanya menghembus nafas seperti biasa ke dalam pemipit (mouthpiece) pakai buang yang disediakan, jadi tiadalah rasa sakit macam swab test.

Memandangkan ujian nafas Breathonix masih dalam kategori percubaan, jadi Singapura akan melanjutkan pemeriksaan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang diwajibkan sekarang.

Sistem ujian nafas Breathonix itu sudah menjalani percubaan klinikal di tiga lokasi – dua di Singapura dan satu di Dubai, antara bulan Jun 2020 dengan April tahun ini.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!