Siri iPhone 12 Tanpa Charger & EarPods? Ini Sebabnya - Verst );

Type to search

Adamedia Isu Best Pilihan Adamedia Pilihan Editor

Siri iPhone 12 Tanpa Charger & EarPods? Ini Sebabnya

Avatar
Share
iPhone 12
  • Pelancaran iPhone 12 dilakukan secara strim buat kali pertama dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
  • Apple berharap menjelang tahun 2030 seluruh bekalan pembuatannya berupaya menangani isu perubahan iklim.
  • Ketegangan perdagangan di antara China dan AS menyebabkan berlakunya ugutan untuk menghentikan bekalan & tenaga kerja.

“Empat variasi iPhone 12 merupakan permulaan era baharu bagi tawaran produk Apple pada masa kini” – Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

Apple telah melancarkan rangkaian iPhone 12 dengan tawaran peranti 5G, paparan skrin dengan saiz keseluruhan lebih kecil, penambahbaikan kepada sistem kamera serta reka bentuk. 

iPhone 12
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook bersama iPhone 12

Cuma satu perkara yang menjadi bualan dalam kalangan peminat gajet dan penggemar gajet Apple adalah tawaran pembelian model iPhone 12 tidak disertakan bersama EarPod serta palam pengecas.

Menurut Ketua Dasar Alam Sekitar Apple, Lisa Jackson, Apple menggunakan unsur 100 peratus bahan kitar di semua magnet termasuk kamera, haptik dan MagSafe.

Ia disebabkan atas kesedaran syarikat gergasi teknologi ini tentang pembaziran berbilion telefon pintar di seluruh dunia.

Setelah pengguna sesuatu jenama telefon upgrade ke model baharu, implikasi tersebut mengakibatkan penambahan pembuatan elektronik yang memberi kesan kepada alam sekitar tanpa disedari.

Aktivis turut menyuarakan kebimbangan mengenai kerakusan aktiviti perlombongan serta penindasan tenaga kerja.

Sementara itu, negara Uncle Sam berdepan kesukaran mendapatkan bahan pembuatan yang diperlukan dan terpaksa menutup satu-satunya lombong di Mountain Pass, California.

iPhone 12
Apple lancar siri iPhone 12, 12 mini, Pro & Pro Max
iPhone 12
Bahagian tepi nipis seperti model iPhone 4 & 5

Pendek kata, penyebab utama rangkaian iPhone 12 tidak didatangkan dengan EarPods dan charger (palam pengecas) adalah kerana rata-rata pengguna Apple mempunyai aksesori tersebut.

Kotak juga lebih ringan, hanya ada telefon dan kabel USB-C to lightning.

Bagi penulis, tawaran baharu dan pelik ini dengan ‘alasan’ untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar wajar dipuji. Sekiranya ada ‘udang disebalik batu’, itu penulis tidak pasti.

Bak kata ‘pengkritik Apple’ di Twitter, Xavier Naxa, tindakan Apple yang tidak lagi menyertakan charger dan EarPods bakal menjadi ikutan sesetengah pengeluar smartphone yang lain pada masa hadapan.

Nasib baik penulis sempat sambar iPhone SE2 yang menawarkan pek pembelian telefon yang lengkap.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!