Membanggakan! Siri Animasi Mechamoto Bakal Ditayangkan Di 21 Buah Negara Asia Pasifik Novembe );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Preview

Membanggakan! Siri Animasi Mechamoto Bakal Ditayangkan Di 21 Buah Negara Asia Pasifik November Ini

Share
21

Siri animasi terbaru terbitan Monsta, Mechamato bakal ditayangkan di 21 buah negara rantau Asia Pasifik menerusi saluran Cartoon Network mulai 4 Disember depan.

Ketua Pegawai Kandungan Monsta, Anas Abdul Aziz mengumumkan perkara itu menerusi persidangan Krea8tif! 2021 Virtual Conference, baru-baru ini.

Anas berkata, animasi Mechamato terlebih dahulu menjengah penonton di Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand pada 4 Disember depan. Ia diikuti Korea Selatan pada 11 Disember, manakala Jepun pada Mac tahun depan.

21

“Pelanggan saluran Cartoon Network akan disajikan dengan sedutan satu episod siri animasi Mechamato bermula 6 November ini, iaitu awal sebulan daripada tarikh tayangan perdana,” katanya.

Difahamkan, siri animasi Mechamato dialih kepada 12 bahasa bagi membolehkannya memasuki pasaran antarabangsa. Antaranya, bahasa Jepun, Korea, Inggeris, Vietnam, Thailand, Mandarin, Kantonis, Tagalog dan Indonesia.

Ianya bertujuan bagi memperkenalkan siri animasi Mechamato terlebih dahulu sebelum penghasilan filem dilakukan.

21

21

Siri animasi Mechamato menjadikan Kota Hilir di Bandaraya Melaka sebagai lokasi latar belakang cerita dan menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan.

Menariknya siri animasi ini, ianya disuntik dengan beberapa elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa serta memaparkan hubungan baik antara seorang kanak-kanak dan juga robot.

Tak kira usia tua ataupun muda, siri animasi Mechamoto sangat sesuai untuk disaksikan semua peringkat umur, jadi tak perlu la segan dengan budak-budak ye gais!

 

[Sumber: bharian]

 

Baca: Lakukan Senaman ‘Palnking’ Selama 9 Jam, Lelaki Ini Berjaya Pecahkan Rekod Dunia

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!