Trailer Rasmi “Spider-Man: No way Home” Beri Kejutan Kepada Peminat MCU );

Type to search

Adamedia Isu Best Movie Preview

Trailer Rasmi ‘Spider-Man: No Way Home’ Beri Kejutan Kepada Peminat MCU

Share
spider-man: no way home

Selepas trailer Spider-Man: No Way Home tersebut bocor dua hari lepas di laman media sosial, Sony Pictures akhirnya melancarkan trailer rasmi.

Trailer tersebut menampilkan Peter Paker yang perlu berhadapan dengan gaya hidupnya yang baru setelah rahsianya dibongkarkan oleh Mysterious pada akhir babak filem yang lalu serta cuba berkawan denga Dr. Strange.

BACA: Gambar Set Pengambaran ‘Spider-Man: No Way Home’ Dedah Babak Dengan Dr. Strange

Parker memohon pertolongan dari Dr. Strange untuk membuatkan orang lain lupa bahawa dia adalah Spider-Man – salah satu faktor utama kesemua watak jahat dalam filem buru dia, contoh nya Doctor Octopus lakonan Alfred Molina.

Lihat Trailer Rasmi di Bawah;

Spider-Man: No Way Home menyaksikan kepulangan semula Tom Holland sebagai watak superhero kegemaran ramai, Spider-Man/Peter Parker.

Dia turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Dijangkakan, kedua-dua mereka akan bergandingan untuk menentang Electro dan Doctor Octopus, kedua-duanya dilakonkan oleh Jamie Foxx dan Alfred Molina, dan antara penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Spider-Man: No Way Home

Seperti WandaVision, No Way Home akan terikat dengan peristiwa Doctor Strange in the Multverse of Madness, arahan Sam Raimi.

Entri ketiga Spider-Man MCU ini turut menampilkan kepulangan sebilangan besar pelakon dari filem sebelumnya seperti Zendaya (Euphoria, Dune) sebagai MJ, Jacob Batalon (50 State of Fright) sebagai Ned, Marisa Tomei (The King of Staten Island) sebagai Aunt May, Tony Revolori (The French Dispatch) sebagai Flash dan Hannibal Buress (Tag) sebagai Coach Wilson.

Susulan penyertaan Jamie Foox, beberapa spekulasi mengenai filem ini mula diperkatakan peminat, antaranya penglibatan dua bintang Spider-Man iaitu Tobey Maguire dan Andrew Garfield.

Antara yang terbaru adalah Charlie Cox, yang dikatakan akan meneruskan peranannya sebagai Daredevil serta Willem Dafoe sebagai Green Goblin.

Filem ini dijadualkan tayangan pada 17 Disember 2021.

[Sumber: KakiMuvee]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!