[REVIEW] Spider-Man: No Way Home - Antara Filem MCU Thorbaek! );

Type to search

Adamedia Lifestyle Movie Review

[REVIEW] Spider-Man: No Way Home – Antara Filem MCU Thorbaek!

Share
spider-man

Bagi yang masih menunggu untuk melihat filem Spider-Man: No Way Home ini, dinasihatkan untuk tidak membaca artikel ini kerana banyak spoiler yang akan dibentangkan.

Seperti jangkaan penulis, filem ini mencapai tahap kepuasan di hati apabila mencapai expectation yang ditunggu-tunggu.

Tom Holland kembali lagi untuk filem solo ketiganya dan tak dinafikan, antara persembahan terbaik beliau.

BACA JUGA: Trailer Rasmi Spider-man: No Way Home Beri Kejutan Kepada Peminat MCU

Sama seperti yang ditunjukkan dalam filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse yang ditayangkan pada 2018, penulis dapat rasakan, mungkin ada bersangkut-paut yang diambil sendiri oleh pengarah Spider-Man: No Way Home, Jon Watts.

Babak awal menunjukkan pendedahan oleh Mysterio (Jake Gyllenhaal) dalam filem kedua – membongkarkan identiti sebenar Spidey ialah seorang remaja bernama Peter Parker. Pendedahan tersebut secara langsung telah bertukar sepenuhnya kehidupan Parker.

Ditambah pula perisa panas dari portal berita Daily Bugle yang sebarkan pendedahan palsu mengatakan Spidey kejam membunuh Mysterio yang ‘baik’.

Bak ayat JK Simmons “Everything Spider-Man touches turns to ruin,” dan Spidey dicop sebagai public enemy nombor 1.

Parker yang agak terdesak nak reversekan balik semua ini, dia minta bantuan Dr. Strange (Beneditch Cumberbatch) untuk buat magik supaya semua orang tak ingat yang dia ini Spider-Man.

Tapi, disebabkan banyak sangat permintaan Parker masa Dr. Strange tengah baca mantera, secara tak langsung telah membuatkan multiverse terbuka dan menyebabkan beberapa villain ikonik datang ke dimensi mereka.

Penulis sangat sukakan skrip filem ini kerana ia membuatkan kita lebih menghayati filem ini dengan lebih dalam lagi. Tak dinafikan Marvel masih lagi kekalkan unsur humor supaya penonton tak bosan dari awal sampai akhir filem.

Ada Lagi ke Spider-Man Versi Lain?

Macam yang penulis dah terangkan di atas, pengarah Jon Watts ada kaitkan sedikit jalan cerita filem ini dengan Spider-Man animasi, jadi yup, memang terbukti ada kemunculan adegan dari Tobey Maguire dan Andrew Garfield seperti yang digembar-gemburkan.

Konsep cross-over yang diketengahkan ini sedikit sebanyak telah mencairkan hati penonton dan mengembalikan nostalgia lama Spider-man versi Tobey dan Andrew ini.

Perasaan penulis bercampur-baur ketika adegan ini ditayangkan sambil teringatkan meme buku komik Marvel yang ketiga-tiga Spidey tunjuk sesama sendiri ketika berjumpa. Sumpah kelakar.

Akhir ulasan, selepas kekecewaan penulis bagi filem terakhir Marvel Eternals, No Way Home ini terasa seperti angkat balik maruah Marvel. Antara filem MCU terbaik yang pernah dirasakan. Kudos!

Rating keseluruhan: 4.9/5


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!